BTC USD 50,871.1 Gold USD 1,838.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki rugi RM440,000 ditipu diskaun bil elektrik TNB

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,656
Reaction score
21,173
Points
1,671
Akaun-TNB-bil-baru-2-600x360.jpg


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rugi hampir setengah juta ringgit selepas ditipu oleh seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' yang kononnya boleh memberikan potongan diskaun hampir 40 peratus untuk bayaran bil elektrik tertunggak, tahun lalu.

Mangsa, Chia Kok Khaw, 34, mendakwa ditipu VIP berkenaan selepas membuat pembayaran bil elektrik milik sepupunya serta empat lagi rakan bernilai RM439,740.

Mangsa mendakwa mengenali suspek dalam satu urusan jual beli kereta di Segambut di sini, Mei tahun lalu dan ketika mereka berbual, mangsa bercerita tentang masalah tunggakan bayaran bil elektrik dihadapi sepupunya yang juga seorang pengusaha kolam ikan, bernilai RM58,471.67.

"Suspek mendakwa mempunyai rakan yang bertugas sebagai pegawai kanan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan boleh membantu mengurangkan jumlah bil sehingga 45 peratus daripada jumlah asal.

"Saya rasa teruja dan menceritakan perkara itu kepada sepupu saya dan dia juga tertarik dengan tawaran Datuk Seri itu," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Parti Gerakan Malaysia (PGRM), hari ini.

Menurut mangsa, beliau kemudian menghubungi suspek pada 5 Mei tahun lalu dan menghantar salinan bil elektrik sepupunya kepadanya melalui aplikasi Whatsapp.

"Suspek beritahu dia akan tolong bayarkan bil yang sudah diberi diskaun berjumlah RM26,132.25 terlebih dulu dan saya boleh semak status bayaran menggunakan sistem yang disediakan TNB

"Kira-kira jam 8 malam hari yang sama, suspek hantar salinan gambar resit bayaran dan minta saya semak dengan pihak TNB untuk pengesahan sebelum keesokannya saya hubungi talian TNB Careline bagi mendapatkan pengesahan. Ternyata betul bayaran sudah dibuat atas nama syarikat milik sepupu saya," katanya.

Katanya lagi, untuk kepastian lanjut, dia turut ke cawangan TNB Mersing dan menyemak status bayaran dan ternyata benar bayaran sudah dibuat.

"Selepas berpuashati, saya setuju pindahkan wang berjumlah RM26,132.25 dalam satu akaun bank milik seorang individu lain dan tidak mengesyaki apa-apa.

"Sepupu saya yang teruja, menceritakan perkara itu kepada empat rakannya yang kemudian turut tertarik untuk menggunakan khidmat suspek dan mereka kemudian turut meminta bantuan saya untuk menjelaskan tunggakan bil elektrik serta denda curi elektrik masing-masing," dakwa beliau.

Menurutnya, suspek setuju untuk membantu dan seperti proses pertama, suspek mendahulukan pembayaran bil yang sudah diberikan 'diskaun' dan selepas selesai, saya pindahkan wang berjumlah RM413,428.47 secara berperingkat sebanyak 11 kali ke tiga akaun bank milik individu berlainan.

Bagaimanapun, katanya, selepas lebih 20 hari, sepupu serta empat rakannya dihubungi pihak TNB memberitahu bahawa tunggakan masih belum dilangsaikan.

"Difahamkan, Datuk Seri berkenaan membuat pembayaran menggunakan cek-cek yang bermasalah menyebabkan bayaran untuk semua bil itu masih tertunggak.

"Saya berjaya menghubungi suspek dan dia beri banyak alasan selain berjanji membayar semula. Dia kemudian beri saya tiga keping cek bayaran balik namun semuanya adalah cek tendang," dakwa beliau.

Susulan itu, mangsa membuat satu laporan polis di Balai Polis Tanjung Gemok, Mersing, semalam selepas menyedari ditipu.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan Dan Aduan Awam PGRM Nasional, Datuk Wilson Lau Hoi Keong, berkata satu perjumpaan dengan TNB akan dilakukan bagi memahami sistem kiosk yang digunakan suspek untuk melakukan pembayaran menggunakan cek tendang kerana pada resit berkenaan terdapat istilah pembayaran namun tiada perkataan sudah dilunaskan.

"Kes ini adalah pelik kerana segala pembayaran yang dibuat melalui cek dapat disahkan dalam sistem hanya dalam masa sehari, tetapi kalau difahami pembayaran melalui cek memakan masa selama beberapa hari.

Wilson Lau berkata, masyarakat perlu berhati-hati dengan pembayaran yang dibuat melalui cek dan kiosk kerana dipercayai boleh berlaku penipuan atau jenayah komersial.


http://www.bharian.com.my/node/255078
 
Sindiket menipu gunakan kiosk bayaran TNB dikesan di Johor


image.JPG

Wilson Lau (tengah) bersama mangsa yang dikenali sebagai Chua (kiri) dan Ben Liew (kanan) sewaktu sidang akhbar mengenai penipuan menggunakan kiosk bayaran TNB di sini hari ini.

KUALA LUMPUR 2 Mac - Satu kes penipuan dengan menggunakan kiosk bayaran bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai perantara berjaya dikesan apabila seorang mangsa tampil ke hadapan untuk berkongsi pengalaman pahit beliau.

Menurut Ketua Biro Perkhidmatan Dan Aduan Awam, Parti Gerakan Rakyat Malaysia Nasional, Datuk Wilson Lau Hoi Keong, pengadu yang dikenali sebagai Chua dan berasal dari Johor itu tampil ke hadapan setelah menyedari bahawa dirinya telah ditipu.

"Setelah bertemu dan berbincang, saya menasihatkan beliau untuk berkongsi pengalaman dirinya supaya kita dapat sebarkan perkara ini.

"Saya juga akan berjumpa dengan pihak TNB untuk mendengar penjelasan mereka kerana setelah kami kaji modus operandi penipuan ini, kami dapati ia berlaku kerana terdapat sedikit kelemahan di dalam sistem pengoperasian kiosk bayaran mereka," kata Wilson dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. Turut hadir, mangsa penipuan itu dan Timbalan Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan Rakyat Malaysia Nasional, Ben Liew Pok Boon.

Penipuan ini menyasarkan pemilik premis yang mempunyai amaun tertunggak pada bil elektrik mereka, dengan menawarkan diskaun sehingga 45 peratus pada jumlah yang perlu dibayar.

Mangsa hanya perlu menghantar imej bil elektrik mereka dan pihak sindiket akan membuatkan bayaran bagi pihak mangsa, dan menghantar kembali imej resit bayaran.

Mangsa, yang berpuas hati setelah menerima pengesahan pembayaran setelah memeriksa transaksi itu melalui TNB Careline, kemudiannya akan memasukkan jumlah wang bayaran tersebut ke akaun individu tertentu seperti yang diarahkan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jen...n-tnb-dikesan-di-johor-1.451317#ixzz4aDEz7ORx

Sponsored Post

guise

Active Member
Joined
Sep 6, 2014
Messages
1,467
Reaction score
30
Points
30
baru mau kira untung sudah rugi.....
 

lambda123

Super Active Member
Joined
Aug 10, 2008
Messages
7,338
Reaction score
448
Points
81
Kelemahan pada sistem dieksploitasi.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,206
Reaction score
12,600
Points
2,376
Nak dapat diskaun punya pasal
Menanggung kerugian la pulak
 

xantiang

Active Member
Joined
Jan 24, 2014
Messages
1,754
Reaction score
38
Points
30
perghh dashat punye pancing. siap tolong bayarkan dulu smp 26K lepas tu baru die sauk smp 400K
 

mr.bobo

Fun Poster
Joined
Oct 13, 2008
Messages
101
Reaction score
9
Points
15
uaaa.. mati oo ini kali.. apa pun tak boleh..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,656
Reaction score
21,173
Points
1,671
Sindiket menipu gunakan kiosk bayaran TNB dikesan di Johor


image.JPG

Wilson Lau (tengah) bersama mangsa yang dikenali sebagai Chua (kiri) dan Ben Liew (kanan) sewaktu sidang akhbar mengenai penipuan menggunakan kiosk bayaran TNB di sini hari ini.

KUALA LUMPUR 2 Mac - Satu kes penipuan dengan menggunakan kiosk bayaran bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai perantara berjaya dikesan apabila seorang mangsa tampil ke hadapan untuk berkongsi pengalaman pahit beliau.

Menurut Ketua Biro Perkhidmatan Dan Aduan Awam, Parti Gerakan Rakyat Malaysia Nasional, Datuk Wilson Lau Hoi Keong, pengadu yang dikenali sebagai Chua dan berasal dari Johor itu tampil ke hadapan setelah menyedari bahawa dirinya telah ditipu.

"Setelah bertemu dan berbincang, saya menasihatkan beliau untuk berkongsi pengalaman dirinya supaya kita dapat sebarkan perkara ini.

"Saya juga akan berjumpa dengan pihak TNB untuk mendengar penjelasan mereka kerana setelah kami kaji modus operandi penipuan ini, kami dapati ia berlaku kerana terdapat sedikit kelemahan di dalam sistem pengoperasian kiosk bayaran mereka," kata Wilson dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. Turut hadir, mangsa penipuan itu dan Timbalan Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan Rakyat Malaysia Nasional, Ben Liew Pok Boon.

Penipuan ini menyasarkan pemilik premis yang mempunyai amaun tertunggak pada bil elektrik mereka, dengan menawarkan diskaun sehingga 45 peratus pada jumlah yang perlu dibayar.

Mangsa hanya perlu menghantar imej bil elektrik mereka dan pihak sindiket akan membuatkan bayaran bagi pihak mangsa, dan menghantar kembali imej resit bayaran.

Mangsa, yang berpuas hati setelah menerima pengesahan pembayaran setelah memeriksa transaksi itu melalui TNB Careline, kemudiannya akan memasukkan jumlah wang bayaran tersebut ke akaun individu tertentu seperti yang diarahkan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jen...n-tnb-dikesan-di-johor-1.451317#ixzz4aDEz7ORx
 

sansorrow

Super Active Member
Joined
Apr 6, 2011
Messages
5,409
Reaction score
54
Points
70
ganas bil elektrik orang ada kolam ikan ni beriban bil hehe
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,191
Reaction score
1,693
Points
201
sesuai sgt la tu.. pencuri kene scam gan penipu.. bangsa x de halal haram
 

waepy

Active+ Member
Joined
Sep 9, 2011
Messages
4,626
Reaction score
339
Points
51
kira dia x bayar satu sen pun...
guna kiosk tnb pakai cek, sistem akan sahkan pembayaran sebelum manual cek drpd pegawai bank...
tp akhirnya cek tendang, padan muka sape suruh curi api, ingat tnb b0dus punyer org ka..?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register