BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Pukul Isteri Hingga Keguguran Di Sungai Petani

14219509302240181-393326.jpg

14219509302240181-393327.jpg


SUNGAI PETANI - Lelaki yang didakwa memukul isteri hingga parah, tiba di Kompleks Mahkamah Sungai Petani pada Rabu untuk proses reman.

Lelaki berusia 43 tahun itu tiba pada jam 8.30 pagi dengan berpakaian lokap diiringi anggota polis menaiki kenderaan jenis Proton Saga.

Semalam, lelaki itu, berjaya ditahan polis bagi membantu siasatan kerana disyaki memukul isterinya sehingga menyebabkan keguguran di Ambangan Height, Khamis lalu.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan mangsa yang hamil 12 minggu turut mengalami keguguran.
 
Lelaki pukul isteri tiba di mahkamah untuk proses reman


SUNGAI PETANI - Lelaki yang didakwa memukul isteri hingga parah, tiba di Kompleks Mahkamah Sungai Petani pada Rabu untuk proses reman.

Lelaki berusia 43 tahun itu tiba pada jam 8.30 pagi dengan berpakaian lokap diiringi anggota polis menaiki kenderaan jenis Proton Saga.

Semalam, lelaki itu, berjaya ditahan polis bagi membantu siasatan kerana disyaki memukul isterinya sehingga menyebabkan keguguran di Ambangan Height, Khamis lalu.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan mangsa yang hamil 12 minggu turut mengalami keguguran.
 
a3ef96e97b81b878710e9cd32fc5520169f1cc894a2cb

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah menunjukkan gambar suspek seorang lelaki yang dipercayai memukul isterinya sehingga keguguran baru-baru ini, serta menggunakan modus operandi dengan menyasarkan penjawat awam wanita untuk dijadikan isteri bagi menyara hidupnya.

Polis percaya lelaki yang memukul isterinya sehingga keguguran baru-baru ini menggunakan modus operandi dengan menyasarkan penjawat awam untuk dijadikan isteri bagi menyara hidupnya.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata hasil siasatan mendapati suspek yang berusia 43 tahun itu telah berkahwin sebanyak sembilan kali dan kesemua isteri serta bekas isterinya bekerja sebagai penjawat awam.

“Suspek difahamkan masih mempunyai tiga isteri dan pernah berkahwin sebanyak sembilan kali. Suspek mencari pasangan yang mempunyai kerja tetap kerana dia tidak mempunyai kerja yang stabil.

“Apa yang boleh kami katakan, suspek ini seorang yang panas baran kerana mempunyai empat rekod jenayah lampau yang melibatkan Seksyen 325, Seksyen 323, Seksyen 318 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata polis berjaya menahan suspek di sebuah inap desa di sekitar bandar raya berkenaan semalam, susulan laporan yang dibuat oleh abang mangsa pada 23 April dan mangsa sendiri pada 26 April.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian keganasan rumah tangga sehingga mendatangkan kecederaan parah melibatkan seorang wanita berusia 39 tahun yang dipukul oleh suaminya di Ambangan Heights di Sungai Petani.

“Pada awalnya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan tetapi ia telah ditukar kepada Seksyen 326 kanun sama selepas mendapati mangsa dipukul menggunakan beberapa objek, antaranya batang besi dan penyangkut baju plastik sehingga menyebabkan mangsa lebam di seluruh badan, patah rusuk bahagian kiri, kanan dan tulang belakang serta keguguran,” katanya.

Beliau berkata suspek yang mempunyai 11 anak ditahan reman selama tujuh hari sehingga 5 Mei depan bagi siasatan lanjut.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang wanita cedera dipercayai dipukul suaminya sehingga kandungannya gugur dan mengalami kecederaan pada tangan, lebam pada muka selain suspek juga didakwa melarikan barang kemas dan wang simpanan mangsa berjumlah hampir RM50,000.

 
14220093376319349-393527.jpg

14220093376319349-393528.jpg

14220093376319349-393529.jpg


SUSPEK PUKUL ISTERI PERNAH KAWIN 9 KALI, SASAR WANITA PENJAWAT AWAM

ALOR SETAR: Polis mengesahkan suspek kes pukul isteri hingga parah dan mengalami keguguran di Sungai Petani, minggu lalu pernah berkahwin sebanyak sembilan kali dan mempunyai 11 anak.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 43 tahun itu juga dipercayai masih mempunyai tiga isteri, manakala perkahwinan terbaharunya dengan mangsa dilakukan di Selatan Thailand.

Menurut beliau, siasatan mendapati suspek mempunyai modus operandi tersendiri dengan menyasarkan wanita yang mempunyai pekerjaan tetap, khususnya dalam kalangan penjawat awam.

“Kalau kita tengok, suspek ini cari pasangan yang mempunyai pekerjaan tetap, kebanyakannya kakitangan kerajaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Tambahnya, semakan turut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau, kebanyakannya melibatkan keganasan terhadap isteri dan teman wanita.

Antara kesalahan direkodkan termasuk di bawah Seksyen 325, 323, 318 dan 506 Kanun Keseksaan.

Antara kes yang pernah direkodkan termasuk kes mencederakan isteri di Johor Bahru pada 2021, yang menyaksikan suspek dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun namun kini dalam proses rayuan di mahkamah.

Menurut Adzli, suspek berjaya ditahan pada 4.45 petang semalam di sebuah rumah inap di Alor Setar selepas dipercayai menyembunyikan diri.

Pagi tadi, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani dan dibenarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Mercedes-Benz, empat telefon bimbit serta sebatang besi dan penyangkut baju yang dipercayai digunakan dalam kejadian.

“Dalam kes terbaharu ini melibatkan mangsa yang juga isterinya berusia 39 tahun, juga penjawat awam dipercayai menjadi mangsa penderaan berulang sejak beberapa bulan lalu.

“Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah termasuk patah tulang rusuk kiri dan kanan, patah tulang belakang serta lebam di seluruh badan. Lebih menyayat hati, mangsa turut mendakwa mengalami keguguran akibat dipukul suspek,” tambahnya.

Polis kini melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah, yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun, selain denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Khamis lalu, seorang wanita berusia 39 tahun yang juga penjawat awam dilaporkan cedera parah akibat dipukul suaminya di kediaman mereka di Bandar Amanjaya, Sungai Petani.

Sumber : Buletin TV3
Oleh : Amira Suraini Che Mohamad

Sumber : Buletin TV3
 
393955-393955.jpg


Tidak tahu suspek pernah kahwin 9 kali, ada 11 anak

Sungai Petani: Wanita yang cedera dipukul suami di Ambangan Height, di sini sehingga menyebabkan keguguran, 23 April lalu tidak tahu suaminya pernah berkahwin sebanyak sembilan kali dan mempunyai 11 anak.

Abangnya, Mohd Firdaus Moktar, 45, berkata, adiknya hanya mengetahui dia isteri kedua kepada lelaki itu, malah mereka sekeluarga turut terkejut apabila perkara berkenaan didedahkan menerusi kenyataan Ketua Polis Kedah.

"Memang terkejut, ingatkan dia (suspek) ada dua isteri, tak sangat pula pernah (kahwin) sembilan kali.

"Adik beritahu saya dia memang geram dengan perbuatan suaminya itu dan lega bila tahu sudah ditangkap polis, selain berharap lelaki itu menerima hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, " katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Firdaus berkata, mereka sekeluarga juga tidak mahu mengganggu adiknya dengan bertanyakan pelbagai soalan berkaitan kejadian, memandangkan wanita itu masih trauma.

Bagaimanapun, katanya, dapat melihat perkembangan positif adiknya yang kini sudah boleh berjalan dan menunaikan solat seperti biasa.

"Semangat adik dah makin kuat. Mungkin doa daripada orang ramai dan ahli keluarga serta rakan-rakannya.

"Dia sudah boleh makan dan berkaitan perkahwinannya dengan suaminya sebelum ini, kami tak mahu tanya sangat, berilah dia rehat dahulu, " katanya.

Mohd Firdaus berharap kejadian berlaku itu menjadi pengajaran kepada semua pihak agar ia tidak berulang kembali.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita cedera dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan mangsa turut keguguran ketika kandungan berusia 12 minggu.

Susulan itu, polis menahan suami wanita itu yang berusia 43 tahun, Selasa lalu dan suspek direman tujuh hari bermula Rabu lalu.

Kredit➡️ Harian Metro
 
14223046874607909-394845.jpg

14223046874607909-394846.jpg

14223046874607909-394847.jpg

14223046874607909-394848.jpg

14223046874607909-394849.jpg


Pukul bekas isteri: Hukuman penjara 10 tahun Rosmaini dinaikkan kepada 14 tahun

04 Mei 2026 12:25pm


Panel tiga hakim, dipengerusikan Datuk Azman Abdullah yang bersidang bersama Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan supaya tertuduh dikenakan hukuman maksimum.

Semasa membaca keputusan sebulat suara, Noorin berkata, selain hukuman penjara bermula Isnin, Rosmaini Abd Raof, 43, selaku perayu, dikehendaki membayar pampasan sebanyak RM25,000 kepada Jahidah, melalui wakil keluarga yang menjaganya.

Sekiranya perayu gagal membayar pampasan berkenaan, dia akan dipenjara selama enam bulan.


"Hukuman penjara 10 tahun ternyata tidak memadai.


Pada 17 Jun 2021, Rosmaini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Jahidah dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada belakang badan wanita itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Jahidah yang juga bekas kakitangan sebuah jabatan kerajaan, dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) negeri itu.

Jahidah dilaporkan selamat melahirkan bayi lelaki, Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021 dan kanak-kanak itu disahkan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU).

Artikel Sinar Harian
 
394956-394956.jpg


'Saya bukan lagi peguam Rosmaini, dia akan didakwa Khamis ini' - Kamal Hisham

PUTRAJAYA – Peniaga, Rosmaini Abdul Raof yang diperintah menjalani hukuman penjara selama 14 tahun kerana mencederakan bekas isteri hingga koma, dijangka berdepan pertuduhan hampir sama membabitkan insiden yang menimpa isteri ketiga, yang mengalami keguguran, di Mahkamah Sungai Petani, Kedah, Khamis ini.

Bagaimanapun, peguam, Kamal Hisham Ja’afar berkata, pihaknya tidak lagi akan mewakili lelaki berusia 43 tahun tersebut dalam prosiding akan datang.


"Sedangkan, saya mewakili Rosmaini secara percuma iaitu 'pro bono', selepas isteri pertama dan anak-anaknya merayu meminta pertolongan.

"Jadi, selesainya rayuan ini, saya tidak mewakili Rosmaini lagi, termasuk kes-kes lain pada masa hadapan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, Rosmaini kini ditahan di Penjara Kajang dan akan dibawa ke Kedah dalam masa terdekat bagi menghadapi pertuduhan tersebut.

Buat masa ini katanya, anak guam kekal ditahan sekurang-kurangnya sehingga Rabu sebelum dibawa ke Utara tanah air.

Ditanya mengenai penerimaan hukuman Mahkamah Rayuan, Kamal Hisham berkata, Rosmaini menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka, namun masih menafikan kes yang menimpa bekas isterinya itu.

Menurutnya, lelaki itu juga tidak akan memfailkan semakan ke Mahkamah Persekutuan di sini.

Pada Isnin, Mahkamah Rayuan di sini, menaikkan hukuman penjara daripada 10 kepada 14 tahun terhadap Rosmaini.

Panel tiga hakim, dipengerusikan Datuk Azman Abdullah yang bersidang bersama Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan supaya tertuduh dikenakan hukuman maksimum.

Lelaki itu selaku perayu juga, dikehendaki membayar pampasan sebanyak RM25,000 kepada Jahidah, 48, melalui wakil keluarga yang menjaganya.

Jika perayu gagal membayar pampasan berkenaan, dia akan dipenjara selama enam bulan.

Mahkamah kemudian menolak rayuan akhirnya, (rayuan silang) untuk mengetepikan sabitan dan hukuman, sekali gus menyebabkan dia diperintah ke Penjara Kajang serta-merta.

Pada 17 Jun 2021, Rosmaini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas satu pertuduhan, sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa dengan cara memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki di belakang badan isterinya itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin jam 6 pagi pada 4 Mei 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum, jika sabit kesalahan.

Jahidah yang juga bekas kakitangan sebuah jabatan kerajaan, dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor.

Wanita itu dilaporkan selamat melahirkan bayi lelaki, Eshan Nufail (kini berusia empat tahun lima bulan) secara pembedahan pada 30 November 2021 dan kanak-kanak itu disahkan berstatus orang kurang upaya (OKU).

04 Mei 2026 08:52pm
Kredit➡️ Sinar Harian
 

Suspek pukul isteri hamil tiba di mahkamah pagi ini​

WhatsApp-Image-2026-05-07-at-9.06.01-AM.jpeg
SUSPEK kes pukul isteri tiba di Mahkamah Sungai Petani hari ini bagi prosiding pertuduhan. - Foto oleh SHAHIR

SUNGAI PETANI – Suspek kes memukul isteri sehingga mengalami keguguran dan cedera parah tiba di Kompleks Mahkamah Sungai Petani pagi ini bagi menghadapi pertuduhan mencederakan wanita terbabit.

Lelaki berusia 43 tahun itu yang berpakaian penjara dan berpelitup muka tiba dengan menaiki van penjara kira-kira pukul 8.30 pagi.

Abang mangsa dilihat turut berada di pekarangan mahkamah bagi mengikuti prosiding pertuduhan tersebut.

Suspek dijangka dituduh di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau objek.

Kesalahan di bawah seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Suspek ketika ini sedang menjalani hukuman penjara 14 tahun di Penjara Kajang bagi kes mencederakan bekas isterinya yang ketika kejadian sedang hamil sehingga koma.

Kosmo! sebelum ini melaporkan mangsa berusia 39 tahun yang merupakan penjawat awam cedera parah dan kandungan berusia 12 minggu turut gugur selepas dipukul suaminya di sebuah rumah di Ambangan Heights di sini bulan lalu.


Suspek yang melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan di sebuah inap desa di Alor Setar pada 28 April lalu sebelum direman selama tujuh hari.

Polis turut mendedahkan suspek pernah berkahwin sebanyak sembilan kali dan kini mempunyai tiga isteri serta 11 anak.

Dia juga mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan kes mencederakan, ugutan jenayah serta menyembunyikan kelahiran membabitkan isteri lain dan teman wanita. – KOSMO! ONLINE

 
Lelaki yang disyaki memukul isterinya sehingga menyebabkan keguguran, bulan lalu, tiba di Kompleks Mahkamah Sungai Petani hari ini, untuk pertuduhan.

 
4c10e6b0e8089a22be7657d65b0634aa69fc2cae9b715

Bekas suami Jahidah Nordin yang dijatuhi hukuman penjara 14 tahun kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya pada Isnin lepas, dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lagi isterinya, baru-baru ini.

Rosmaini Abdul Raof, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Nurfitri Moktar, 39, dengan menggunakan kerusi plastik dan getah paip di sebuah rumah di Bandar Amanjaya di sini pada 5 petang, 29 Mac lepas.


Bekas suami Jahidah Nordin yang dijatuhi hukuman penjara 14 tahun kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya pada Isnin lepas, dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lagi isterinya, baru-baru ini.

Rosmaini Abdul Raof, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Nurfitri Moktar, 39, dengan menggunakan kerusi plastik dan getah paip di sebuah rumah di Bandar Amanjaya di sini pada 5 petang, 29 Mac lepas.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Nurfitri dengan menggunakan penyangkut baju dan besi penyangkut langsir di tempat sama pada 9 pagi, 23 April lepas.

Kedua-kedua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat, yang dibaca bersama Seksyen 326A KK, jika sabit kesalahan.

Hukuman bagi Seksyen 326A KK memperuntukkan jika kesalahan tersebut dilakukan terhadap pasangan, hendaklah dihukum dengan penjara dua kali ganda tempoh maksimum bagi kesalahan di bawah Seksyen 326 KK walau apa pun apa-apa hukuman lain yang diberikan kesalahan itu.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah Datuk Khairul Anuar Abdul Halim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Ruzana Abdul Rahim.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan memandangkan tertuduh sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang, Selangor.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita yang juga penjawat awam cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan mangsa yang hamil 12 minggu mengalami keguguran.

 
Back
Top
Log in Register