BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki pikul mayat kakak ke bank untuk keluarkan wang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
mayat-bank-viral.jpeg

Jeetu membawa mayat kakaknya ke bank demi mengeluarkan baki wang dalam akaun simpanan. - India Today

NEW DELHI – Seorang lelaki di India nekad membawa mayat kakaknya ke sebuah bank demi mengeluarkan wang simpanan si mati berjumlah 20,000 rupee (RM823) selepas permohonannya sebelum ini ditolak, lapor portal berita Must Share News.

Jeetu Munda, 50, ingin mengeluarkan baki wang milik mendiang Kakra Munda, 56, yang meninggal dunia pada 26 Januari lalu di cawangan Bank Grameen dalam negeri Odisha.

Jeetu berkata, dia sudah beberapa kali hadir ke bank tersebut, namun kakitangan memintanya untuk membawa pemilik akaun atau mengemukakan sijil kematian.

Sebagai orang asli yang buta huruf dan tidak berpendidikan formal, dia tidak memiliki sijil kematian atau dokumen lain.

Selepas diberitahu berulang kali untuk membawa pemilik akaun, Jeetu menggali kubur dan mengeluarkan rangka kakaknya.

Dia berjalan sejauh 3  kilometer ke bank sambil membawa rangka kakaknya yang dibungkus dengan kain.

Polis tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu, manakala pihak berkuasa membantu memudahkan proses tuntutan wang tersebut.

Mayat berkenaan dikebumikan semula di tanah perkuburan dengan kehadiran pihak berkuasa. – AGENSI

 
393350-393350.jpg


Lelaki bawa mayat kakak ke bank untuk keluarkan wang


KEONJHAR: Seorang lelaki Orang Asli di Odisha, India, membawa mayat kakaknya ke sebuah bank selepas mendakwa permohonannya untuk mengeluarkan wang simpanan sebanyak ₹20,000 (RM823) ditolak.

Katanya, tindakan nekad itu diambil selepas bank bertegas mahukan pemilik akaun datang sendiri untuk mengeluarkan wang berkenaan.

Lelaki dikenali sebagai Jeetu Munda, 50, dipercayai menggali semula kubur kakaknya, Kalra Munda, 56, sebelum membawa mayatnya ke cawangan Bank Grameen Odisha di Maliposi, daerah Patana.

Kejadian berlaku selepas beliau gagal mengeluarkan wang milik mendiang kakaknya yang meninggal dunia pada 26 Januari lalu.

Difahamkan, wang berkenaan diperoleh hasil daripada jualan lembu dan disimpan dalam akaun atas nama kakaknya.

Jeetu mendakwa dia sudah beberapa kali hadir ke bank bagi mengeluarkan wang simpanan berkenaan, namun diminta membawa pemilik akaun untuk pengesahan.

"Saya sudah berulang kali ke bank, tetapi mereka meminta saya membawa pemilik akaun untuk mengeluarkan wang itu. Apabila saya beritahu dia sudah meninggal dunia, mereka tidak percaya.

"Kerana kecewa, saya menggali kuburnya dan membawa mayatnya sebagai bukti kematian," katanya menurut laporan media tempatan, News18.

Polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kemudian hadir ke lokasi.

Ketua Balai Polis Patana, Kiran Prasad Sahu, berkata lelaki berkenaan adalah individu buta huruf dan tidak memahami prosedur perbankan.

"Dia tidak tahu mengenai waris sah atau penama akaun. Pihak bank juga gagal menerangkan prosedur pengeluaran wang daripada akaun orang yang telah meninggal dunia," katanya.

Susulan kejadian itu, polis membantu memudahkan proses tuntutan wang terbabit, manakala mayat berkenaan dikebumikan semula dengan kehadiran pihak berkuasa.

Dalam kenyataan berasingan, Bank Grameen Odisha menjelaskan individu berkenaan berada dalam keadaan tidak stabil dan bertindak mengganggu ketenteraman awam sebelum membawa rangka manusia ke premis bank.

Bank itu turut menyatakan pihaknya tidak pernah meminta kehadiran fizikal pelanggan yang telah meninggal dunia, sebaliknya isu itu berpunca daripada kekeliruan mengenai prosedur tuntutan.

"Tiada sebarang bentuk gangguan berlaku. Bank sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan sijil kematian bagi tujuan penyelesaian tuntutan," menurut kenyataan itu. - AGENSI

Artikel Berita Harian
 
Back
Top
Log in Register