BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Saya bukannya pikul mayat’

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
GELI-MAYAT.jpg

TANGKAP layar klip video menunjukkan seorang lelaki misteri memikul guni berwarna putih. – IG@JACKLYN-CHOPPERS

JAKARTA  – Satu rakaman sistem televisyen litar tertutup(CCTV)  yang menunjukkan seorang lelaki memikul guni berwarna putih di Krendang, Tambora, Jakarta Barat,  menjadi tular di media sosial, lapor saluran berita Liputan6 hari ini.

Ramai netizen mengesyaki lelaki itu sedang memikul mayat, manakala polis turut melakukan siasatan.

“Kami masih menyiasat,” kata Ketua Polis Tambora, AKP Sudrajat Djumantara. Kejadian itu berlaku pada Sabtu lepas sekitar pukul 6.58 petang(waktu tempatan).

Sementara itu, rakaman video kejadian yang disiarkan oleh akaun Instagram @infojakbar24, memaparkan lelaki  itu memakai  baju  lengan panjang berwarna hitam, seluar jean dan selipar berwarna hitam, tanpa menutup wajahnya.

Dia berjalan melintasi kediaman penduduk sambil memikul  sesuatu yang terbungkus di dalam guni  berwarna putih. Isi guni itu didakwa oleh orang yang merakam video tersebut sebagai mayat.

Terbaharu, seorang lelaki dikenali sebagai Dede Suherli, 29, yang merupakan warga Tamboora mengaku dia ialah individu dalam klip video tular tersebut.

Pengakuan itu dibuat dalam satu panggilan video bersama polis tempatan semalam.

Menurutnya, isi guni tersebut adalah seekor biawak besar dan bukannya mayat manusia seperti yang disyaki netizen.

“Saya menemukan biawak di sungai, saya menangkapnya dan memasukan haiwan itu ke dalam guni,” kata Dede. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register