ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Kereta dipandu mangsa remuk teruk di bahagian hadapan akibat rempuhan kuat ketika nahas di Segari, semalam.
MANJUNG - Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Saga FLX dipandunya bertembung dengan sebuah treler muatan tong gas di Batu 5, Segari, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.25 pagai itu, mangsa berusia 25 tahun yang memandu sendirian meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Mohd Shah berkata, Proton Saga FLX yang dipandu mangsa dari arah Segari menghala ke Seri Manjung dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan treler dari arah bertentangan.
"Akibat pertembungan itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan anggota bomba dipanggil untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit namun dia disahkan meninggal dunia.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.