BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki maut ditembak rakan kerana disangka rusa

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
Lelaki maut ditembak rakan kerana disangka rusa

Miri: Disangka rusa, namun rupa-rupanya rakan sendiri. Itu detik memilukan yang meragut nyawa seorang lelaki di Baram selepas dia maut terkena tembakan rakan ketika berburu di Long Tabing Atas Jaya, Tinjar, Baram, Khamis lalu.


Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, suspek yang membawa senapang patah mendakwa melihat kelibat seekor rusa sebelum meminta kenderaan dihentikan dan enjin dimatikan.

"Lelaki itu turun menjejaki sasaran, manakala mangsa bersama dua lagi rakan kekal di dalam kenderaan sambil menyuluh menggunakan lampu.

"Selepas kira-kira 10 minit berjalan sejauh kira-kira 80 meter dari kenderaan, lelaki itu ternampak satu cahaya kecil yang disangkanya mata rusa lalu melepaskan satu das tembakan ke arahnya.

"Tembakan itu rupa-rupanya mengenai mangsa yang berada di dalam kenderaan. Suspek kemudiannya menyedari kejadian selepas melihat isyarat kecemasan sebelum bergegas kembali," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa yang masih sedar ketika itu sempat mengadu dahaga sebelum dibawa pulang ke rumah panjang untuk menukar kenderaan dan dihantar ke Klinik Kesihatan Long Lama bagi mendapatkan rawatan.

Namun, mangsa disahkan meninggal dunia sekitar jam 9.52 malam.

Susulan insiden itu, suspek bersama dua lagi lelaki tampil menyerah diri di Balai Polis Long Lama sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Siasatan awal mendapati hanya suspek utama memiliki senjata api, namun lesen senapang patah yang digunakan telah tamat tempoh.

Polis turut merampas senjata berkenaan bersama satu kelongsong peluru, sebutir peluru hidup serta sebuah kenderaan Toyota Hilux yang digunakan ketika kejadian.

Pemeriksaan di lokasi mendapati kawasan itu adalah kebun kelapa sawit berhampiran hutan tebal dengan keadaan berbukit serta jarak penglihatan yang terhad.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, selain polis turut menjalankan ujian saringan air kencing ke atas semua suspek serta mendapatkan bantuan pasukan forensik.

Susulan kejadian itu suspek bersama dua lagi rakan yang berusia 63, 47 dan 42 tahun direman selama tujuh hari sehingga 17 April bagi membantu siasatan lanjut.

Kredit➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register