BTC USD 62,866.7 Gold USD 4,317.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki mati ketika bermain komputer

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
lu_06.1.jpg


Chen Rong-yu ditemui mati ketika bermain permainan komputer di sebuah kafe Internet di Taipei pada 1 Februari lalu. - agensi

TAIPEI 3 Feb. - Seorang lelaki Taiwan dilaporkan mati, selepas bermain permainan komputer selama 23 jam terus-menerus di sebuah kafe Internet, kelmarin.

Menurut laman web berita Apple Daily, anggota polis menemui mayat Chen Rong-yu, 23, tersembam pada kerusi dengan kedua-dua tangannya kaku di papan kekunci dan tetikus di kafe Internet di Taipei.

Seorang pekerja di kafe Internet itu berkata, Rong-yu datang ke kafe tersebut lewat Selasa lalu dan duduk di hujung terminal komputer.

Jelasnya, tindakan Rong-yu yang kerap berehat menyebabkan pekerja kafe menyangka dia sedang tidur.

Pada malam berikutnya, seorang pekerja wanita cuba mengejutkan Rong-yu tetapi mendapati badannya sejuk lalu menghubungi polis.

Sementara itu, keluarga mangsa berkata, Rong-yu pernah menerima rawatan bagi masalah jantung pada September lalu.

Polis masih menyiasat punca kematian Rong-yu tetapi mengesyaki keletihan, kekurangan pergerakan dan cuaca sejuk menyebabkan darah beku dan serangan jantung.

Rong-yu dipercayai sedang bermain permainan League of Legends yang dicipta oleh Garena, sebuah syarikat perkhidmatan permainan yang berpangkalan di Singapura. - DPA
 
mana tersembam ?
 
Nak masuk tido la camni... :(
 
23 jam? weii aku pon main game jgk,takderlah cam tu.
 
Salaam..

Ni baru nama Kipas-Susah-Mati Game..

yg mencari ilmu
faisal_moukei
 
DIa ni forever alone ke? main game xingat dunia
 
Back
Top
Log in Register