BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Mati Di Tembak Ketika Makan Di Restoran

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
20.11.2025 - Seorang lelaki yang sedang menjamu selera di sebuah restoran maut selepas dipercayai ditembak dalam kejadian di Nusari Biz Sendayan di sini malam tadi. Situasi menjadi panik apabila mangsa dilihat berlari ke seberang jalan dan orang awam turut mendengar bunyi tembakan sebelum mangsa dilihat rebah. Orang awam yang enggan dikenali ketika ditemui di lokasi kejadian pada pukul 1 pagi berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan sedang makan sebelum didatangi dua kenderaan. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 11.23 malam.

“Anggota polis yang bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban telah terima penggilan MERS 999 daripada sorang lelaki memaklumkan satu kes bunuh telah berlaku di sebuah restoran di Semdayan. Kes masih dalam siasatan pihak polis dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan,” katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad akan memberi kenyataan berhubungan kejadian bunuh itu dalam masa terdekat.
1763603473358.png
 
Lelaki Maut Di Tembak, Tetak Ada 42 Rekod Jenayah

20.11.2025 - Lelaki yang mati dibunuh dalam kejadian di Nusari Biz Sendayan di sini malam Rabu disahkan mempunyai 42 rekod jenayah. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kesalahan dilakukan termasuk kes samun, mendatangkan kecederaan dan pecah rumah. Menurutnya, siasatan awal mendapati, lelaki berusia 33 tahun itu telah datang ke sebuah restoran berhampiran lokasi bersama keluarga untuk makan malam.

"Ketika mangsa sedang menuju ke kenderaan, beberapa buah kereta yang dinaiki enam suspek yang berpelitup muka telah menghalang kereta mangsa. Suspek yang disyaki bersenjatakan pistol dan parang telah keluar dan menyerang mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa cuba melarikan diri ke arah jalan raya, namun suspek terus mengejarnya dan melepaskan tembakan, diikuti serangan menggunakan parang sehingga mangsa mengalami kecederaan parah. Tambahnya, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Tuanku Jaafar.

"Pemeriksaan awal terhadap tubuh badan mangsa didapati, terdapat kesan tetakan dan tembakan. Pasukan penyiasat yang terdiri daripada pegawai penyiasat, unit forensik dan unit anjing pengesan polis telah pergi ke tempat kejadian bagi mendapatkan bukti fizikal dan bahan berkaitan kes sejurus mendapat maklumat kejadian," katanya.

Alzafny berkata, bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dijalankan pada Khamis dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971. Tambahnya, polis kini sedang giat memburu kesemua suspek dan mengesan kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kejadian terbabit.

"Motif kejadian dan identiti kesemua suspek juga masih dalam siasatan dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-603222," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan anggota bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Seremban telah terima penggilan MERS 999 daripada sorang lelaki memaklumkan satu kes bunuh telah berlaku di sebuah restoran di lokasi pada jam 11.23 malam.
1763620600291.png

14108981994323533-345063.jpg

14108981994323533-345064.jpg

Mangsa tembak miliki 42 rekod jenayah - Ketua Polis Negeri Sembilan

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dengan kesan tetakan dan tembakan pada badan.

"Polis menerima panggilan kecemasan MERS 999 daripada orang awam pada jam 11.23 malam tadi yang memaklumkan berlakunya satu insiden tembakan dan serangan menggunakan senjata tajam.

"Kes ini membabitkan kejadian bunuh seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan ke restoran berhampiran tempat kejadian bersama keluarga untuk makan malam.

"Ketika mangsa sedang menuju ke kenderaan, beberapa kereta yang dinaiki enam suspek bertutup muka dikatakan menghalang kereta mangsa.

"Suspek yang disyaki bersenjatakan pistol dan parang keluar dan menyerang mangsa sebelum mangsa cuba melarikan diri ke arah jalanraya, namun suspek terus mengejarnya.

Beliau berkata, pemeriksaan awal terhadap tubuh badan mangsa terdapat kesan tetakan dan tembakan.

"Pasukan penyiasat yang terdiri daripada pegawai penyiasat, Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) ke tempat kejadian bagi mendapatkan bukti fizikal dan bahan berkaitan kes sejurus mendapat maklumat kejadian.

"Bedah siasat dijalankan di Bahagian Perubatan Forensik Hospital Rembau, hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.

"Siasatan awal polis juga mendapati mangsa mempunyai 42 rekod jenayah atas pelbagai kesalahan termasuk kes samun, mendatangkan kecederaan dan pecah rumah," katanya.

Alzafny berkata, polis kini sedang giat memburu kesemua suspek dan mengesan kenderaan yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini.

"Motif kejadian dan identiti kesemua suspek juga masih dalam siasatan. orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline Ibu Pejabat Daerah Seremban di talian 06-603222," katanya.

Artikel ➡️ Berita Harian
 
harta rompakan makan sorg ke ape
 
Back
Top
Log in Register