BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Dituduh Cuba Bunuh Anak Berusia Tiga Tahun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
a9035d7dd39ae77764097470d129423a69771a865bef5

Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan cuba membunuh anak kandungnya berusia tiga tahun, awal bulan ini. 

Mohamad Hairei Huzairiey Hazmi, 23, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan cubaan bunuh sehingga ingin menyebabkan kecederaan kepada anaknya Nur Helana Haura pada kira-kira 7 pagi, 14 Jan lepas di sebuah rumah di Jalan Pak Mayong berhampiran Pangkalan Maritim Tok Balik, Pasir Puteh.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan dan tertuduh diwakili peguam Muhammad Zulfaqar Al-Basysyar Saharrudin.

Siti Hajar tidak menawarkan sebarang jaminan namun peguam bela memohon jaminan dengan alasan anak guamnya akan tinggal bersama kakaknya di Kemaman, Terengganu serta tidak mempunyai rekod psikiatri dan jenayah.

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 25 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Back
Top
Log in Register