hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,511
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,511
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Lelaki ditikam depan rumah angkara dendam
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa berusia 38 tahun yang bekerja sebagai pekebun cedera selepas ditikam menggunakan pisau sepanjang kira-kira lima inci di hadapan rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun datang ke rumah mangsa dan memanggilnya keluar sebelum berlaku pertengkaran.
“Suspek dikatakan meminta mangsa mengikutnya dengan alasan ada rakan yang mahu berjumpa, namun mangsa enggan.
“Suspek kemudian secara tiba-tiba mengeluarkan pisau dari belakang seluar dan menikam perut mangsa sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Beliau berkata, akibat tikaman tersebut mangsa mengalami luka di bahagian perut dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dalam keadaan stabil.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera menggunakan senjata tajam.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan satu rakaman video memaparkan kejadian yang didakwa sebagai insiden tikaman melibatkan dua individu tular di media sosial pada Ahad.
Video berdurasi kira-kira 40 saat itu menunjukkan kelibat dua lelaki dipercayai sedang bertengkar di tepi jalan di sebuah kampung di daerah ini sebelum berlaku sedikit kekecohan.
Sumber : Sinar Harian