BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Ditemukan Lemas Selepas Terjatuh Ke Dalam Sungai Semasa Memancing

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,707
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,707
Reaction score
97
Points
80
d47eb740e91e8aee0d9de6ef0a534ad2697c36e848e68

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kelantan

Seorang lelaki ditemukan lemas semalam selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Chani berdekatan jambatan Kuala Krai semasa memancing pada Rabu lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata Ahmad Amirul Zawawi, 23, ditemukan pada 11.14 malam oleh orang awam kira-kira 100 meter dari lokasi dia terjatuh.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat bermula selepas mereka menerima panggilan kecemasan pada 9.26 malam Rabu melibatkan pencarian di permukaan air menggunakan perahu penduduk kampung sebelum mendapat bantuan Pasukan Penyelamat di Air Machang, Pengkalan Chepa dan Pengkalan Kubor.

“Hari kedua operasi bermula pada 9 pagi dan diperluas sejauh 800 meter dari lokasi kejadian sebelum komander operasi memaklumkan mayat mangsa ditemukan orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register