BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Dikhuatiri Lemas Selepas Terjatuh Dalam Sungai Kedah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
11c1dda1fb14b3a6ee0d165a00ed9c74699c69aa095ad

Kredit: Bomba

Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kedah, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata Mohd Aswad Abd Rasyid, 31, dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu akibat serangan sawan.

“Bilik kawalan BBP Alor Setar menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.15 malam memaklumkan mangsa yang juga pekerja kedai makan terjatuh ke dalam sungai itu.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah telah mengarahkan jentera dari BBP Alor Setar ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Jitra turut digerakkan ke lokasi bagi membantu pencarian.

 
Back
Top
Log in Register