BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki bakar lori miliknya elak disita JPJ

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
Lelaki bakar lori miliknya elak disita JPJ



KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik lori sanggup membakar kenderaan miliknya semata-mata untuk mengelak daripada disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kejadian berlaku pada jam 1.30 tengah hari tadi di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Air, Kuala Nerus.

Pengarah JPJ Terengganu, Mohd Zamri Samion, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, sebelum kejadian, lori berkenaan dikesan melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas ketika anggotanya sedang menjalankan rondaan di lokasi kejadian.

Hasil siasatan mendapati, pemandu lori tersebut merupakan remaja lelaki bawah umur, manakala Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan itu telah tamat tempoh melebihi dua tahun.

“Pemeriksaan turut mengesahkan kenderaan itu gagal menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sejak 2023,” katanya.

Ketika agensi itu mahu mengambil tindakan untuk menyita lori tersebut mengikut peruntukan undang-undang, pemilik kenderaan yang tiba di lokasi kemudian enggan memberi kerjasama dan bertindak membakar lori miliknya.

Siasatan awal turut mendapati pemilik syarikat mempunyai enam saman aktif atas nama syarikat serta empat saman atas nama pemandu.

Antara kesalahan yang direkodkan termasuk memandu tanpa LKM sah, tiada insurans, pemandu bawah umur di bawah 17 tahun serta dua kesalahan ubah suai kenderaan.

Tambahnya, JPJ Terengganu tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang atau cuba menghalang tugas penguat kuasa.

“Tindakan ini merisikokan anggota JPJ ketika melakukan rondaan dan sekaligus telah mengganggu tugas penjawat awam,” ujarnya.

Kejadian itu bukan sahaja menjejaskan integriti undang-undang, malah mengundang risiko keselamatan kepada anggota JPJ serta pengguna jalan raya lain.

JPJ akan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku dan juga mana-mana pihak yang bertindak di luar batas undang-undang selaras dengan peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), selain disabitkan kesalahan mengganggu tugas penjawat awam. Kes berkenaan juga akan dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja.

Kes itu kini dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Artikel Buletin Tv3







14089033609942253-335392.jpg
 
Back
Top
Log in Register