hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Bapa Lari Bersama Anak, Tinggalkan Lori, Bimbang Dikenakan Tindakan JPJ
Beredar di media sosial sejak semalam satu rakaman memaparkan seorang pemandu lori bertindak berlari bersama anak kecilnya dalam usaha melepaskan diri.
Menurut perkongsian yang tular, pemandu berkenaan dipercayai cuba mengelak daripada tindakan penguatkuasaan sebelum meninggalkan lori tersebut tanpa sempat menarik handbrake.
Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang meluahkan rasa simpati melihat pemandu itu terpaksa berlari sambil membawa anak kecil, malah mempersoalkan sebesar mana kesalahan yang dilakukan sehingga bertindak sedemikian.
Namun, rata-rata netizen berpendapat jika tiada kesalahan dilakukan, tiada sebab untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa.
Video berkenaan pantas beredar di media sosial sejak semalam, manakala lokasi kejadian dipercayai berlaku di kawasan Gebeng, Kuantan.