BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Aksi lelaki berparang panjat lori tengah jalan resahkan orang Ulu Yam

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201


Aksi lelaki berparang panjat lori tengah jalan resahkan orang Ulu Yam


PETALING JAYA – Aksi seorang lelaki berbaju merah berjalan laju sambil memegang parang panjang dipercayai berlaku di Sungai Tua, Jalan Ulu Yam meresahkan penduduk setempat.

Dalam kejadian itu, dua lelaki lain dilihat mengekori lelaki bersenjata tersebut yang menuju ke sebuah lori sedang bergerak dari arah bertentangan.


Seorang lagi individu yang turut mengekori lelaki berbaju merah tersebut pu;a memegang parang panjang.

“Sungai Tua, Ulu Yam! Kalau kita orang lambat, kereta kami kena panjat,” tulisnya pada kapsyen.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai respons dalam kalangan orang ramai bukan sahaja penduduk setempat, malah pengguna laluan tersebut yang bimbang dengan kejadian yang berlaku.

“Takutnya, selalu balik rumah mentua lalu sini,” kata seorang pengguna.

“Hari-hari pergi kerja lalu sini. Kawasan tasik ini,” komen pengguna lain.

“Kenapa tu? Dia tahan kenderaan,” kata @Selalu sabar.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan masa serta punca kejadian itu berlaku. Setakat ini tiada sebarang pengesahan rasmi dibuat pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.

Artikel Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register