BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Anak siapa main skuter tengah jalan raya

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201


Anak siapa main skuter tengah jalan raya


PETALING JAYA – Tindakan seorang kanak-kanak bermain skuter di jalan raya mengejutkan orang ramai yang melalui kawasan itu.

Menerusi video yang tular di laman X, kanak-kanak itu dilihat menaiki skuter di lorong kanan jalan tersebut dan beberapa kenderaan dilihat memperlahankan kenderaan mereka bagi mengelak kanak-kanak itu.

Difahamkan kejadian itu berlaku di Jalan UMS, dekat 1 Sulaman, Kota Kinabalu menghala ke Indah Permai pada petang semalam.

Kanak-kanak itu kemudian dihampiri seorang penghantar makanan yang kelihatan berhenti untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dengan membawanya ke tepi jalan.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata pengguna mempersoalkan di mana ibu bapa kanak-kanak tersebut selain menyifatkan kejadian seperti itu amat berbahaya untuk pengguna jalan raya.

“Tak boleh brain macam mana dia boleh sampai atas highway? Ni kes kena tinggal dengan ibu bapa dekat tepi jalan ke?,” kata Disaster Level.

“Jangan terus kecam, mungkin dia autistik ke, ibu bapa tiada di rumah masa budak ni keluar ke,” kata Nasa.

“Nampak macam darjah 3 atau 4, dah tersalah masuk tiba-tiba jalan raya lepas itu kalut, Allahuakbat, terima kasih semua pemandu dan penunggang motosikal,” kata Yoh Yeok. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register