BTC USD 86,253.6 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Lebuhraya Persisiran Pantai Barat E32

PENDUDUK SEBAK DIARAH KOSONGKAN RUMAH, DIROBOHKAN BERI LALUAN WCE​

Konflik antara penduduk Kampung Jawa, Klang dan projek Seksyen 3 Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang berlarutan hampir enam tahun akhirnya berakhir apabila kerja-kerja perobohan kediaman dilakukan pada Selasa.

Penduduk berkata, meskipun sebak apabila rumah didiami terpaksa dirobohkan, namun mereka tetap akur dengan keputusan mahkamah.

Seramai 19 penduduk Kampung Jawa, diarahkan mengosongkan tanah yang didiami serta-merta bagi memberi ruang kepada pembinaan projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang telah lama tertangguh.

Mahkamah Rayuan menolak rayuan sebuah syarikat pemaju yang menuntut pampasan kerugian keuntungan susulan pengambilan tanah bagi pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE), sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Panel hakim memutuskan bahawa tiada kesilapan yang boleh dirayu dalam keputusan mahkamah lebih rendah, dan pampasan yang diberikan oleh Pejabat Tanah Daerah Klang adalah selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Kes itu melibatkan See Hee Yang Property Management Sdn Bhd, yang tanahnya seluas hampir dua ekar di Klang diambil oleh kerajaan negeri Selangor di bawah Akta Pengambilan Tanah bagi tujuan pembinaan WCE.

Pemaju berkenaan sebelum ini telah mengemukakan pelan pembangunan 74 unit rumah teres dua tingkat, namun pengambilan enam lot menyebabkan pelan asal tidak dapat diteruskan dan syarikat terpaksa mengemukakan pelan baharu dengan skala pembangunan lebih kecil.

Pejabat Tanah Daerah Klang sebelum ini telah menganugerahkan pampasan berjumlah RM6.129 juta, termasuk RM4.987 juta yang diambil kira sebagai kerugian keuntungan.

Akan tetapi pemaju masih mencabar jumlah itu dengan alasan wujud kerugian perniagaan yang lebih besar. Mahkamah bagaimanapun memutuskan bahawa tuntutan kerugian tersebut tidak boleh diklasifikasikan sebagai “injurious affection” kerana tiada kerja pembinaan dimulakan ketika pengambilan tanah dibuat.

Dalam penghakiman setebal 70 muka surat, mahkamah turut memutuskan bahawa kadar nilai pasaran tanah sekitar RM1,500 hingga RM1,520 setiap meter persegi adalah munasabah dan konsisten dengan rujukan kes-kes terdahulu.

Susulan penolakan rayuan itu, mahkamah mengarahkan syarikat berkenaan membayar kos RM30,000 masing-masing kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Pejabat Tanah Daerah Klang, sekali gus menutup pertikaian undang-undang yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.
 
Pemaju tanah mesti bengang giller. Klu km dh lulus dpd mpk n dh dapek approval plan lps submission ke mpk, dh blh start kojo pembinaan tibo2 gomen amik tanah nk buek hiway.

Terpaksolah pemaju appoint akitek, perancang n engr utk redo semula planning area tu jadi kecik, submit blk ke mpk utk dapek approval. Smuo tu akan tambah kos nk byr perunding akitek, engr, perancang n urusan approval mpk yg lamo giller.

Sapo kojo pembinaan taulah kerenah pbt.
 
power gila akta tanah negara ni
 
Back
Top
Log in Register