Selaras dengan pengumuman Kerajaan, pemberian diskaun tol 50% sempena sambutan Deepavali akan bermula pada 18 Oktober 2025 (Sabtu), jam 12.01 tengah malam hingga 19 Oktober 2025 (Ahad), jam 11.59 malam, bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar, selamat dan selesa sepanjang cuti perayaan ini.
WCE menjangkakan kadar trafik harian (ADT) mencecah sehingga 170,000 kenderaan di sepanjang jajaran Lebuhraya WCE sempena musim perayaan ini.
Elakkan waktu puncak dan gunakan aplikasi ‘WCE App’ untuk:

Semak keadaan trafik semasa

Maklumat kadar tol & kemudahan lebuh raya

Bantuan kecemasan dan maklumat penting perjalanan
Rancang perjalanan anda, pandu dengan berhemah dan nikmati perjalanan yang lebih selesa bersama WCE.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Lembaga Lebuhraya Malaysia
PSKLM
Syed Mohammed Idid
#Deepavali2025 #WestCoastExpressway #TolPercuma #PlanYourDrive