BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 800 Juta e-Invois Dikeluarkan Setakat Ini - LHDN

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,703
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,703
Reaction score
97
Points
80
f8eec45c3dd8899ef7fec2f0ea9ad1d06948f4fbeac3f

Kredit : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Pelaksanaan sistem e-invois di Malaysia menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila lebih 820.5 juta e-invois telah dikeluarkan setakat hari ini, melibatkan penyertaan lebih 111,600 pembayar cukai di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin, berkata penyertaan tersebut bukan sahaja merangkumi pembayar cukai fasa pertama hingga fasa ketiga yang melaksanakan e-invois secara mandatori, malah turut melibatkan pembayar cukai fasa keempat yang menyertai secara sukarela.

“Statistik ini menunjukkan bahawa pelaksanaan e-invois diterima dengan sangat baik dalam kalangan perniagaan di Malaysia. Tahap pematuhan secara mandatori juga mencatatkan peratusan yang amat memberangsangkan.

“Bagi fasa satu dan dua, tahap pematuhan melebihi 90 peratus. Fasa tiga pula belum sampai penghujung (Disember 2025), namun ia telah mencatatkan pematuhan melebihi 80 peratus,” katanya dalam sidang media selepas Sesi Libat Urus LHDN Bersama Persatuan Perdagangan di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini memperkenalkan pelaksanaan e-invois secara berperingkat bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran percukaian negara serta menyokong pertumbuhan ekonomi digital.

E-invois telah diperkenalkan di beberapa negara sejak 2001, termasuk Chile, Brazil, Mexico, Denmark, Itali, Perancis, dan Arab Saudi.

Abu Tariq berkata pelaksanaan e-invois turut menghadapi cabaran dalam kalangan pemain industri, antaranya ketidaktepatan data.

“Antara punca utama pelaksanaan e-invois terganggu ialah penghantaran e-invois yang tidak tepat, khususnya apabila pembayar cukai tidak mempunyai nombor TIN (nombor pengenalan cukai) yang betul.

“Keadaan ini menyebabkan e-invois ditolak. Oleh itu, pembayar cukai boleh menyemak TIN mereka melalui portal rasmi LHDN untuk memastikan data tepat. Tanpa maklumat yang betul, e-invois akan ditolak pada peringkat awal,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register