BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih RM5 Juta Pembiayaan Mikro DFI Diagih Kepada Usahawan Pasar Tani Setakat Ini

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Lebih RM5 Juta Pembiayaan Mikro DFI Diagih Kepada Usahawan Pasar Tani Setakat Ini​

aba8d1d5fe26284b79e109674dce70c26a2cd5a291002

8e2a45ec1783ba9cc0620921f84fa9206a2cd58c77468

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin (tiga, kiri) menyantuni para peniaga ketika menghadiri Program Lawatan Pasar Tani Bandar Tasik Permaisuri hari ini.

Jumlah pembiayaan mikro terkumpul yang diagihkan oleh institusi perbankan pembangunan (DFI) kepada usahawan dan peniaga pasar tani di seluruh negara kini melebihi RM5 juta.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata daripada jumlah itu, Agrobank merekodkan permohonan pembiayaan mikro baharu bernilai RM2.1 juta menerusi siri program libat urus bersama peniaga pasar tani, yang dilaksanakan sejak tiga minggu lepas.

“Sesi ketiga ini mengambil kira tiga lokasi pasar tani yang telah kami lawati. Secara terkumpul, pembiayaan mikro yang telah diagihkan kepada usahawan-usahawan pasar tani adalah melebihi RM5 juta.

"Daripada jumlah itu, Agrobank menyumbang sebanyak RM2.1 juta,” katanya pada sidang media selepas program turun padang di Pasar Tani Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, di sini hari ini.

Pasar Tani Bandar Tasik Permaisuri ialah lokasi ketiga dalam siri program berkenaan selepas Pasar Tani Taman Melawati dan Pasar Tani Kelana Jaya.

Lokasi itu dipilih berikutan aktivitinya yang rancak dengan penyertaan kira-kira 70 peniaga yang beroperasi pada hampir 100 lot perniagaan serta menerima anggaran 5,000 pengunjung setiap minggu.

Turut menyertai program itu wakil Kementerian Kewangan (MOF) serta enam agensi dan institusi kewangan lain, iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional.

Tengku Ahmad Badli Shah berkata kemudahan pembiayaan berkenaan disediakan sebagai komitmen berterusan Agrobank untuk memperluas akses kewangan yang inklusif dan bersesuaian dengan keperluan peniaga kecil.

Beliau berkata inisiatif itu juga selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya institusi kewangan dan DFI mempergiat program libat urus serta turun padang bagi menyantuni golongan usahawan kecil secara langsung.

 
Back
Top
Log in Register