BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 600,000 saman AES setakat Jun

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR - Sebanyak 673,339 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setakat 11 Jun lalu.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah bayaran kompaun pula sebanyak RM20 juta sejak ia dikuatkuasakan September 2012.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him (DAP) yang diedarkan kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Hishammuddin berkata setakat ini sebanyak 14 kamera AES beroperasi di lokasi yang ditetapkan di seluruh negara kecuali di Melaka yang masih dalam proses mengenal pasti lokasi pemasangan yang sesuai.

AES ialah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan, selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan, ia sebagai kaedah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. - Bernama
 
Kamera kesayangan AMNO ni. Tak sia-sia pasang banyak-banyak.
 
klau dikata mengurangkan kemalangan pon tak setuju gak...

pak menteri2 dgn eskort2 tu suma bawak laju lak tu...cmana tu?..
 
600k over 20 mil kenderaan..masih ramai lg tak kena tu

PUTRAJAYA: “Jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia tahun lalu meningkat 21,401,269 buah berbanding 20,188,072 pada tahun sebelumnya,” kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Menurutnya, pada tahun lalu 1,211,199 kenderaan baru didaftarkan di seluruh negara, meningkat 4.66 peratus berbanding 1,158,072 pada 2010.


“Daripada jumlah itu, Kuala Lumpur mencatatkan bilangan pendaftaran kenderaan baru paling tinggi iaitu 328,578 buah, diikuti Johor (155,611) dan Pulau Pinang (106,514). Kenderaan persendirian sebahagian besar daripada jumlah kenderaan yang didaftarkan,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pengangkutan di sini, semalam. Seramai 34 staf menerima anugerah sebagai tanda pengiktirafan daripada kerajaan terhadap prestasi cemerlang mereka sepanjang tahun lalu.
 
klau dikata mengurangkan kemalangan pon tak setuju gak...

pak menteri2 dgn eskort2 tu suma bawak laju lak tu...cmana tu?..

Betul tu....kelmarin ada eskot bukan main laju lawan arus ngan aku suruh aku ketepi...rupanya TMJ nak lalu...tak lama kemudian nampak satu motor escot tu eksiden kat selekoh...adeh kesian lak...

Aku dah 2 kali kena snap ngan aes ni...satu lepas exit taiping...satu lagi kat exit kajang...adeh...
 
600,000 x RM300 = RM180 juta kalau semua bayar.

tu baru pasang 14 kamera.
kalau pasang semua nanti 800 unit...mampuih semua kena.
dan kompeni kroni tu akan kutip untung ratusan juta malahan berbillion2 RM
 
cara terbaik tok rompak duit kita
kih3
 
Back
Top
Log in Register