BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 50,000 Masyarakat India Bakal Terima Manfaat Program MITRA 2026 - Ramanan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,196
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,196
Reaction score
346
Points
141

Lebih 50,000 Masyarakat India Bakal Terima Manfaat Program MITRA 2026 - Ramanan​

4bdcc7b856c16756995cb34705841e316a19546e7d4d2

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan bercakap pada sidang media pengumuman Program MITRA Fasa 1 di Wisma HRD Corp hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Lebih 50,000 masyarakat India khususnya daripada golongan B40 dan M40 bakal menerima manfaat menerusi pelaksanaan enam inisiatif baharu di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) bagi tahun 2026, melibatkan peruntukan keseluruhan RM65.5 juta.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata inisiatif Fasa 1 itu memberi tumpuan kepada aspek pendidikan, keusahawanan, pembangunan komuniti, kesihatan dan bantuan sosial bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini.

Beliau berkata pelaksanaan program berkenaan dapat direalisasikan susulan tambahan peruntukan RM50 juta kepada MITRA yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Mei lepas, menjadikan keseluruhan peruntukan agensi itu sebanyak RM150 juta tahun ini.

“Dengan dana tambahan ini, kita dapat meningkatkan jumlah bantuan dan membantu lebih ramai golongan memerlukan,” katanya pada sidang media pengumuman Program MITRA Fasa 1, di sini, hari ini.

Antara inisiatif utama diperkenalkan ialah Program Celik MADANI yang menyediakan subsidi pendidikan awal kepada kanak-kanak India B40 di peringkat tadika.

Program itu dijangka memberi manfaat kepada 4,000 penerima dengan bantuan maksimum RM2,530 seorang, membabitkan peruntukan RM10 juta.

Bagi pelajar sekolah menengah pula, Program Kalvi MADANI menawarkan kelas tuisyen percuma kepada 5,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) daripada keluarga B40.

Ramanan berkata permohonan bagi program berperuntukan RM5 juta itu akan dibuka mulai 5 Jun ini kepada pusat tuisyen berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.

Selain itu, katanya usahawan India B40 dan M40 turut diperkasa menerusi Program Uyarvu MADANI yang menyediakan geran permulaan perniagaan sehingga RM50,000 kepada 500 usahawan.

 
Back
Top
Log in Register