BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 120,000 Kanak-kanak Daftar Prasekolah KPM Pada 2027 - Fadhlina

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
9c81a47a500734a2358464163b2f316b69a992c4c4f7b

62b8e3f9856e069a1671b83b6ade3e4069a992db03acf

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bergambar bersama sebahagian pelajar dan guru pada Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Tahun 2026 Negeri Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajah Kalsom di sini hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Lebih 120,000 kanak-kanak telah didaftarkan untuk kemasukan prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM) pada tahun depan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata jumlah itu menunjukkan prasekolah KPM menjadi pilihan ibu bapa berikutan penawaran kualiti pendidikan yang baik selain akses prasekolah percuma.

Fadhlina berkata prasekolah KPM juga mempunyai tenaga pengajar yang berkelayakan dan terlatih serta prasarana dan kemudahan yang lengkap, malah semua murid akan mendapat faedah Bantuan Makanan Prasekolah (BMP).

“Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada kanak-kanak berusia lima dan empat tahun daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan berada di luar bandar, sekali gus sebagai langkah persediaan sebelum mereka masuk ke pendidikan formal Tahun 1,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jaulah Ramadan Komuniti KPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Amzan Abd Malek.

Sehingga 4 Mac, KPM menerima 121,569 permohonan terdiri daripada 61,430 kanak-kanak lahir pada 2021 (umur lima tahun), 52,189 kanak-kanak lahir pada 2022 (umur empat tahun) dan 949 kanak-kanak yang lahir pada 2023 (umur tiga tahun).

Permohonan kemasukan ke prasekolah KPM dibuka secara dalam talian bermula pada 2 Mac hingga 31 Mei 2026 untuk kanak-kanak yang lahir pada 2 Jan 2021 hingga 31 Dis 2023.

Sementara itu, Fadhlina memaklumkan KPM sedang giat melaksanakan perluasan kelas prasekolah dengan tahun ini sebanyak 350 kelas baharu dibuka.

Beliau berkata secara keseluruhan, sehingga kini terdapat 10,514 kelas prasekolah di 6,469 institusi KPM berkapasiti 256,894 tempat dengan enrolmen semasa sebanyak 217,041 murid.

 
Back
Top
Log in Register