BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lawak Berilmiah - Bas Ekspress

SmileAlways

Legendary Member
gem
Messages
16,120
Joined
Aug 11, 2014
Messages
16,120
Reaction score
1,132
Points
206
Pada suatu hari, saya menaiki sebuah bas ekspress SANA untuk pulang ke kampung di Batu Pahat. bas ekspress SANA dimiliki oleh sebuah syarikat melayu. untuk menyokong penuh sebuah perusahaan melayu dan tak ingin dianggap sebagai pengkhianat bangsa, saya memilih untuk menaiki bas ekspress SANA.

Sungguh terkejut saya dibuatnya apabila mendapati harga tiket sudah naik. tapi dalam hati saya berkata, "takpelah, nak tolong bisnes melayu punya pasal". sesudah tiket dibeli saya pun menunggu ketibaan bas ekspress SANA. di atas tiket tertulis waktu perjalanan pukul 7.00 malam, tapi waktu di jam tangan saya sudah menunjukkan pukul 7.50 malam. bayang bas pun tiada. dengan berkat kesabaran menunggu, akhirnya bas ekspress SANA tiba jua pada pukul 9.30 malam. tetapi saya tetap berkata dalam hati, "syukurlah bas datang dari tak datang langsung".

Saya pun naiklah bas tersebut dengan rasa girang dan tidak sabar untuk berjumpa Lingam yang sudah lama tiba di kampung dengan menaiki bas cina. terbayang-bayang senyuman Lingam di kotak fikiran saya. bas belum bertolak. tiba-tiba saya terhidu bau yang kurang enak di dalam bas. hancing macam air kencing. saya pun meluru ke arah pemandu yang berbaju dacing itu dan memberitahu bahawa bas itu berbau hancing. saya minta dia spraylah apa-apa pewangi untuk mengurangkan bau tersebut. malangnya pemandu tersebut memarahi saya dan berkata, "kalau kau tak suka bau tu, kau boleh keluar dari bas aku." nak taknak, saya terpaksa akur dengan kata-kata pemandu itu kerana saya sudah tiada pilihan lain.

bas mula bergerak pada pukul 10 malam. oleh kerana bas itu lambat bertolak daripada jadual yang sebenar, maka pemandu itu bertindak memandu bas itu dengan laju dan merbahaya. saya begitu seram kerana nyawa saya bagaikan telur botak di hujung tanduk lembu. akhirnya saya selamat sampai di stesen bas Batu Pahat dengan muka pucat lesi. sewaktu hendak turun saya mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas tersebut. beliau pun menjawab, "kini masa balas budi." saya pun tak tahu nak balas budi apa. yang saya tahu, saya tengah marah dengan servis yang diberikan oleh bas ekspress SANA. lagi marah bila saya terlihat ah seng menepuk tangan tak pasal-pasal di atas motor honda cupnya.

kini apa yang perlu saya lakukan? perlukah saya berhenti menggunakan khidmat bas ekspress SANA? adakah kerana bas itu di bawah syarikat orang melayu saya tetap harus setia menyokongnya?
 
cina kalau tak beli barang kat melayu,melayu boleh hidup...
melayu kalau tak beli barang kat cina,cina tak boleh hidup..

TT tnya peniaga online atau offline..berapa ribu inggit kaum cina beli barang kat depa dalam masa setahun??adakah peniaga melayu mati terlingkup??
 
Wajib ke kita nak pilih melayu?
 
Kena sokong bro.
Nie bisnes melayu..
Jihad ekonomi melayu..
X kiralah servis macam taik..
Bawa mcm nak bunuh diri..
Mahal nak mampos..

Kena jaga bro..
Kalau x.. cina dap pegang ekonomi bas sana...

**kesimpulan kata2 duan47
 
Dahulukan agama dari apa2pun...
Kalau semua org dahulukan Islam, In sha Allah selamat dunia akhirat...
Tepuk dada, tanya iman...
 
jihad bisnes muslim.
india muslim ka, cina muslima ka, support.
kalau melayu kafir pun tara guna.
sampai bila2 takkan orang2 muslim bergabung.
 
Buat pilihan terbaik, value for money.
 
Kat mana punchline nya ni?
Nak gelak kat mana?
 
Price is what you pay
Value is what you get...
 
ni copy paste kt malaysian gags ni....lama punya cerita
 
Back
Top
Log in Register