BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"lasb vs ut..mne lbh untung" with facts & knowledge

sudi2 lah mengundi di sini,,tq

  • Total voters
    0
  • Poll closed .
bang..kt c tu ade jenis2 fund....cite le c kit....:)cgrock

wat pedoman untk semua.....

Setiap dana mempunyai objektifnya sendiri bagi memenuhi matlamat kewangan yang ingin dicapai oleh para pelabur yang mempunyai pelbagai profil risiko tersendiri terhadap pelaburan.

Dana Pengembangan dan Pendapatan (Growth & Income Fund)

Dana jenis ini melaburkan sebahagian besar modalnya dalam sekuriti pasaran saham di Bursa Saham manakala sebahagian lagi dilaburkan dalam instrumen pasaran wang tempatan. Dana jenis ini paling digemari oleh orang ramai kerana pelabur dapat menikmati pulangan daripada pelaburan mereka menerusi dua cara iaitu pengembangan modal hasil daripada kenaikan harga unit ataupun dividen apabila diisytiharkan. Prestasi dana ini sebahagian besar bergantung kepada prestasi Bursa Saham kerana kebanyakan pelaburan dibuat ke atas saham-saham yang diniagakan di situ.

Dana Pengembangan atau Dana Pertumbuhan (Growth Fund)

Dari segi pelaburan dana, ia menyerupai Dana Pengembangan dan Pendapatan. Perbezaannya hanya dari segi pulangan di mana dana jenis ini lebih mengutamakan pengembangan modal berbanding pembahagian dividen. Pelabur yang melabur dalam dana ini dapat mengharapkan pulangan yang lebih menarik dari segi pengembangan modal terutama apabila pasaran saham meningkat tetapi pulangan daripada dividen adalah terhad.

Dana Seimbang (Balanced Fund)

Dana unit amanah jenis ini adalah gandingan antara Dana Pengembangan dan Pendapatan dengan Dana Pasaran Wang. Ia secara amnya melabur sebahagian daripada modal di pasaran saham manakala sebahagian lagi dilaburkan dalam instrumen pasaran wang. Antara kelebihan Dana Seimbang adalah berupaya memberi pulangan yang lebih tinggi daripada Dana Pasaran Wang manakala risikonya pula adalah lebih rendah daripada Dana Pengembangan & Pendapatan. Pemegang unit dana jenis ini dapat mengharapkan pulangan yang terletak antara pulangan instrumen pasaran wang dan pulangan di Bursa Saham.

Dana Pendapatan Seimbang (Balanced Income Fund)

Dana jenis ini hampir serupa dengan Dana Seimbang dari segi pelaburan yang dibuat. Apa yang membezakannya adalah hampir keseluruhan pendapatan yang diperoleh oleh dana jenis ini dalam sesuatu tahun kewangan dibayar kepada pemegang unit dalam bentuk dividen. Oleh itu, secara amnya dana jenis ini memberikan pulangan pengembangan modal yang lebih rendah tetapi pulangan daripada dividen mungkin lebih menarik berbanding Dana Seimbang.

Dana Bon (Bond Fund)

Dana Bon pula menghadkan pelaburannya dalam bon dan Sekuriti Hutang Persendirian (Private Debt Securities) atau lain-lain produk kewangan yang menyerupai bon dan tidak membuat pelaburan dalam sekuriti ataupun ekuiti di bursa saham seperti kebanyakan dana saham amanah yang lain. Dari segi profil risiko dan pulangan pula, ia mirip Dana Pasaran Wang di mana risiko dan pulangannya lebih rendah daripada dana saham amanah yang melabur di bursa saham.
 
kalu ikut kiraan tu....

cm ne lak..dia amik 25 thn tu br jual n dpt rege tu

tn ade tk rekod2 investor tn yg berjaya utk d tepek kt c ni,

return sme diperolehi berdasarkan compound interest sama seperti tuan buat loan ASB la..
basically ASB dan unit amanah adalah benda yg sama..
yg bagusnye unit trust CIMB ada kenaikan harga unit yg xde dekat ASB..
yg bezanya adalah ASB diurus oleh PNB manakala unit trust kami diurus oleh CIMB Wealth Advisors di bawah CIMB
 
menarik thread ni.harap otai2 ut dapat bagi penjelasan...

aku selama ni just simpan dekat asb,bank rakyat, vgmc(tmpt simpanan ke?:p)..

now teringin nak belajar pasal ut... tapi tak paham konsep, macam mana nak labur dalam ut,...:)
 
http://www.cimb-principal.com.my/Ea...a94e&pid=fdb2767e-4290-470b-9c10-e97b2792bc4c

dlm ni kire nye

sy beli 2544 = dgn 2544 unit....(amik 1 unit harga rm 1)

maka 25 thn nanti dia akn berkembang jadi 43248 unit ke tn....

sbb tak de jual beli....so sy anggap jd kompaunding la yer....

btl ke anggapan saya ni....

atau

2544 unit ni pd 25 thn akn dtg akn jd rm 17 seunit....

salah pengiraan tuan tu..
sepanjang 25 thun tu..
harga unit berubah2..
tambahan lagi dapat tambahan daripada dividen dan bonus unit..
thats why tuan follow je pengiraan yg telah dianggarkan melalui finacial calculator tu..
 
menarik thread ni.harap otai2 ut dapat bagi penjelasan...

aku selama ni just simpan dekat asb,bank rakyat, vgmc(tmpt simpanan ke?:p)..

now teringin nak belajar pasal ut... tapi tak paham konsep, macam mana nak labur dalam ut,...:)

sama le kita..vgmc tk dele..sbb tak yakin n lom sampai tahap tu...hehehehehe

sllu tmn bc je return tggi,,tu yg teringin nak tau tu....:)cgrock
 
saya setuju dengan tuan..
thread ni mmg bagus tuk warga carigold mengetahui lebih mendalam tentang konsep unit trust ni..
tahniah sebab tuan ada jugak buat simpanan berbanding dgn org yg xde wat simpanan tuk future..
lebih tepat lagi,dengan unit trust ni tuan dapat menggandakan duit simpanan tuan dengan tempoh yg lebih singkat jika tuan buat simpanan di unit trust CIMB ni bermula dari sekarang..
return yg ditawarkan pon lebih tinggi..

gud news nye plak dana CIMB nak bg dividen dalam bulan ni dan awal bulan julai nanti..
so,peluang tuk tuan dapatkan FULL DIVIDEN dari CIMB..
 
salah pengiraan tuan tu..
sepanjang 25 thun tu..
harga unit berubah2..
tambahan lagi dapat tambahan daripada dividen dan bonus unit..
thats why tuan follow je pengiraan yg telah dianggarkan melalui finacial calculator tu..

d terima sebagai berubah2....tp cm ne nak dpt sampai 43 k tu....

yg tmn paham dr unit asl tu kene jd rege rm 17 seunit....
 
saya setuju dengan tuan..
thread ni mmg bagus tuk warga carigold mengetahui lebih mendalam tentang konsep unit trust ni..
tahniah sebab tuan ada jugak buat simpanan berbanding dgn org yg xde wat simpanan tuk future..
lebih tepat lagi,dengan unit trust ni tuan dapat menggandakan duit simpanan tuan dengan tempoh yg lebih singkat jika tuan buat simpanan di unit trust CIMB ni bermula dari sekarang..
return yg ditawarkan pon lebih tinggi..

gud news nye plak dana CIMB nak bg dividen dalam bulan ni dan awal bulan julai nanti..
so,peluang tuk tuan dapatkan FULL DIVIDEN dari CIMB..

nanti jgn lupa tepek kt c ni bpe div yg dpt....

kita amik nilai yg tlh sy berikan td.....hrp tn dpt bt update kt c ni dgn nilai yg sy berikan td..

hrp tn tidak keberatan
 
sama le kita..vgmc tk dele..sbb tak yakin n lom sampai tahap tu...hehehehehe

sllu tmn bc je return tggi,,tu yg teringin nak tau tu....:)cgrock

banyak info yg tuan sme boleh dapat mengenai unit trust ni klu rajin selak dan follow thread2 saya dr awal sehingga sekarang..
dan ramai warga carigold yg dah menjadi client saya sehingga kini..
ada yg buat melalui cash investment secara lump sump..
ada yg buat melalui regular saving (simpanan bulanan secara autodebit dr bank simpanan) dan ade jugak yg buat melalui skim pengeluaran akaun 1 KWSP....
 
Back
Top
Log in Register