BTC USD 84,355.8 Gold USD 4,274.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Larangan Memburukkan Orang Lain

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
IMG_20230806_082017_385.jpg


LARANGAN MEMBURUKKAN ORANG LAIN

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila ada seseorang yang berkata; 'Celakalah manusia', maka sebenarnya ia sendiri yang lebih celaka dari mereka." (HR Muslim)

Jangan sekali-kali kita memburukkan orang lain kerana kita mungkin lebih buruk dari mereka.

Marilah kita berusaha menjauhkan diri dari sifat memburuk-burukkan orang lain.
#pelantransformasialfalah
#MalaysiaMadani
 
IMG_20230806_082017_385.jpg


LARANGAN MEMBURUKKAN ORANG LAIN

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila ada seseorang yang berkata; 'Celakalah manusia', maka sebenarnya ia sendiri yang lebih celaka dari mereka." (HR Muslim)

Jangan sekali-kali kita memburukkan orang lain kerana kita mungkin lebih buruk dari mereka.

Marilah kita berusaha menjauhkan diri dari sifat memburuk-burukkan orang lain.
#pelantransformasialfalah
#MalaysiaMadani
Jiran aku buat mcm ni..siap burukkan kat fb...sosial media...fitnah lagi....tapi aku faham...surirumah memang tu lah kerja dia...aku malas nak layan dan letakkan level aku dibawah tapak kaki mcm dia...
 
Jiran aku buat mcm ni..siap burukkan kat fb...sosial media...fitnah lagi....tapi aku faham...surirumah memang tu lah kerja dia...aku malas nak layan dan letakkan level aku dibawah tapak kaki mcm dia...

Dop payoh layan pom boh
Wat dop tahu je
Akhirnya malu sdiri jugop
 
Dlm ayat tu takde plak kata melarang

Nabi cuma bg tau
Sapa laknat org
Maka laknat tu kene kat diri sendiri smula

Itu je

So mari melaknat beejemaah hehe
 
Dlm ayat tu takde plak kata melarang

Nabi cuma bg tau
Sapa laknat org
Maka laknat tu kene kat diri sendiri smula

Itu je

So mari melaknat beejemaah hehe

Nabi cuma bagi tahu siapa yang kata celaka kepada manusia lain
Kata² itu akan kembali kepada dirinya
Jadi kalau tak nak dikatakan celaka
Janganlah ucap dekat orang lain
Ucapan tu kan memburukkan orang lain
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Larangan Memburukan Orang Lain

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَالَ الرَّجُلُ هَلَكَ النَّاسُ فَهُوَ أَهْلَكُهُمْ

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila ada seseorang yang berkata; 'Celakalah (binasalah) manusia', maka sebenarnya ia sendiri yang lebih celaka dari mereka." (HR Muslim No: 4755) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Seorang Muslim tidak boleh berfikiran buruk dan menghukum kecelakaan ke atas orang lain kerana hukum berkenaan mungkin akan berpaling kepada dirinya sendiri.

2. Seseorang yang menganggap orang lain lebih buruk atau lebih sesat daripada dirinya cenderung jatuh dalam perangkap kesombongan dan rasa takabbur. Islam mengajar kita untuk bersikap rendah hati dan tidak menghakimi orang lain, kerana hanya Allah SWT yang mengetahui hati dan nasib setiap hamba-Nya. Jangan sekali-kali kita memburukkan orang lain kerana kita mungkin lebih buruk dari mereka.

3. Sikap sombong yang terkandung dalam ungkapan "celakalah atau binasalah sipolan" adalah suatu bentuk kebanggaan diri yang tidak seharusnya ada dalam hati seorang Muslim. Kebanggaan yang berlebihan terhadap amal ibadah atau status kita boleh menjerumuskan kita kepada kebinasaan, kerana ia menjauhkan kita dari sifat tawadhu' (rendah hati) dan mendorong kita untuk meremehkan orang lain.

4. Nasib diri kita adalah mengikut apa yang difikirkan oleh akal kita. Jika akal kita berfikiran negatif, maka natijahnya adalah negatif. Seorang Muslim perlu memelihara baik sangka terhadap Allah.

5. Kecelakaan yang berlaku ke atas diri kita bukanlah semestinya disebabkan oleh perbuatan atau kejahatan orang lain. Bahkan ia mungkin berlaku kerana sikap diri sendiri.

6. Mengakui akan kelemahan dan kejahilan diri sebenarnya lebih penting dari menghukum kejahatan orang lain atau menyalahkan mereka. Islam mengajarkan kita untuk saling memahami dan bersikap kasih sayang terhadap sesama. Kita tidak tahu keadaan hati seseorang dan bagaimana Allah SWT melihat mereka. Oleh itu, seharusnya kita berusaha untuk membantu dan memberi nasihat dengan cara yang baik, bukan merendahkan atau mencela.

7. Kita harus mengakui akan kelemahan diri dahulu dan tidak menjadikan orang lain sebagai pelarian (escapist) dengan menuding jari kepada orang lain.

Marilah kita berusaha menjauhkan diri dari sifat mudah untuk menghukum orang lain dan memburuk-burukkan mereka.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

24hb Syaaban 1446H
23hb Februari 2025
 
Berdoa, minta pertolongan & mengadu kpd Allah.

Dan jgn mharapkan kebahagiaan dari manusia, takut2 kecewa nnti.
Tapi senyumlah selalu & bersyukur selalu.
 
Back
Top
Log in Register