Daripada Abu Qatadah R.A, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki. (Riwayat Abu Daud (4098).
Islam melarang lelaki untuk menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk wanita. Wanita juga dilarang memakai pakaian yang dipakai oleh lelaki dan berlagak seperti seorang lelaki.
Islam telah menetapkan bahawa lelaki hendaklah menjadi lelaki begitu juga perempuan hendaklah menjadi perempuan mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan. Hikmah Allah SWT dalam penciptaan sudah pasti membawa pelbagai rahmat dan rahsia-Nya kepada makhluk seperti manusia.
Dalam Islam, identiti jantina adalah amanah yang perlu dijaga sesuai dengan fitrah yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Lelaki dan wanita seharusnya kekal dengan jantina masing-masing serta memelihara akhlak, pakaian dan penampilan agar tidak menyimpang dari batas yang telah ditentukan, demi memperoleh rahmat dan keredaan-Nya.
Islam melarang lelaki untuk menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk wanita. Wanita juga dilarang memakai pakaian yang dipakai oleh lelaki dan berlagak seperti seorang lelaki.
Islam telah menetapkan bahawa lelaki hendaklah menjadi lelaki begitu juga perempuan hendaklah menjadi perempuan mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan.
Hikmah Allah SWT dalam penciptaan sudah pasti membawa pelbagai rahmat dan rahsia-Nya kepada makhluk seperti manusia.