BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Langgar tiang selepas dirempuh

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Anggota bomba dan penyelamat membantu mengeluarkan mangsa di tempat duduk pemandu.​

BAHAU - Sepasang suami isteri berhadapan detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki dirempuh sebuah kereta sebelum melanggar tiang elektrik di persimpangan Taman Bintang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, pasangan berusia 50-an yang menaiki MPV jenis Perodua Alza itu dikatakan datang dari arah Batu Kikir sebelum dirempuh kereta Proton Saga dari belakang.

Sinar Harian difahamkan, kenderaan pasangan terbabit turut berpusing lalu melanggar tiang elektrik di bahu jalan dalam kejadian berhampiran Kampung Gajah Mati, di sini.

Akibat pelanggaran itu, Proton Saga yang dipercayai dipandu lelaki dianggar berusia 50-an berkenaan terhumban ke dalam longkang berhampiran Taman Bintang.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, Pegawai Bomba Kanan II A Gunaselan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 11.26 pagi.

"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian sembilan minit kemudian, kami dapati mangsa masih berada di bahagian pemandu, namun dipercayai sesak nafas berikutan terhentak di bahagian hadapan keretanya.

"Mangsa tidak tersepit tetapi dia kemudian menerima rawatan awal daripada kakitangan Hospital Jempol yang turut berada di lokasi ini," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Gunaselan berkata, pihaknya dimaklumkan kedua-dua kenderaan tersebut dalam perjalanan menuju ke Bahau bagaimanapun isteri mangsa dan pemandu Proton Saga tidak mengalami kecederaan serius.
 
Back
Top
Log in Register