dloanman
CG Top Poster Club

- Messages
- 46,541
- Joined
- Apr 15, 2012
- Messages
- 46,541
- Reaction score
- 4,820
- Points
- 266
Tak sangka 2 bahan dapur ini boleh jadikan lampu kereta kabur kembali berkilat, gilap sekejap terus nampak baharu
Khamis, 14 November 2024 11:30 AMPerbezaan antara lampu kereta lama dan baharu.
LAMPU kenderaan selepas digunakan untuk jangka masa tertentu akan mula menjadi kabur seolah-olah dilitupi wap.
Perkara ini boleh menjejaskan cahaya yang dipancarkan dan menyebabkan penglihatan menjadi terbatas pada waktu malam
Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Ridzuan Zubir, ada dikongsikan cara mudah untuk menghilangkan kekaburan pada lampu kereta.
Bahan-bahan:
1) Dua biji limau
2) Serbuk penaik
Proses mencuci lampu kereta yang cukup ringkas.
Langkah-langkah:
1) Belah dua limau tersebut.
2) Tabur serbuk penaik di atas limau yang sudah dibelah itu.
3) Seterusnya sental permukaan lampu kereta menggunakan limau yang sama sehingga nampak berkilat.
4) Boleh tambah serbuk penaik untuk melancarkan cucian yang dibuat.
5) Akhir sekali bilas dengan air bersih, pasti nampak kesan ketara, kaca pada lampu kereta akan kelihatan lebih jernih.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Ridzuan Zubir
sumber - https://www.mstar.com.my/xpose/i-su...li-berkilat-gilap-sekejap-terus-nampak-baharu