Kenderaan model khususnya EV dilengkapi pintu automatik yang menggunakan kuasa elektrik dengan ia boleh dibuka menggunakan butang. Tetapi pihak Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China akan mengharamkan penggunaan pintu kereta yang boleh disorok bermula 1 Januari 2027. Pada waktu yang sama setiap kenderaan dengan berat bawah 3.5 ton perlu mempunyai pembuka pintu kecemasan mekanikal di dalam dan luar bermula pada tarikh yang sama. Draf baharu yang dikeluarkan pada 16 Disember adalah kesinambungan kepada notis yang diterbitkan Oktober lalu oleh kementerian yang sama bagi mengumpul maklum balas daripada pihak pengeluar di China.
Dalam kemalangan melibatkan EV, kuasa elektrik terputus dan menyebabkan penumpang terperangkap di dalam kenderaan. Sistem mekanikal kecemasan yang disertakan adalah tersorok dan sudah berlaku beberapa kes penumpang mati terbakar. Pintu elektrik dengan pemegang tersorok juga tidak membenarkan orang di luar membuka pintu untuk menyelamatkan mangsa. Di Amerika Syarikat, Tesla sudah disaman kerana mendakwa pintu Cybertruck tidak boleh dibuka selepas kemalangan menyebabkan penumpang mati terbakar. . China ialah pasaran EV terbesar dunia pada ketika arahan kerajaan akan membawa perubahan besar pada rekaan kenderaan dalam masa terdekat. Untuk terus dipasarkan di China, pengeluar lain seperti Tesla dan Hyundai perlu akur dengan keperluan pihak berkuasa tempatan.
Sebelum ..
China Akan Mewajibkan Pintu Boleh Di Buka Secara Manual Di Dalam & Luar Kenderaan
Kenderaan model khususnya EV dilengkapi pintu automatik yang menggunakan kuasa elektrik. Banyak EV di pasaran Malaysia mempunyai pintu tanpa pemegang dengan ia dibuka menggunakan butang. Tetapi pihak berkuasa China ingin mewajibkan pintu dilengkapi sistem mekanikal di bahagian dalam dan luar kenderaan bagi tujuan kecemasan. Pintu juga perlu mempunyai pemegang yang boleh ditarik dan bukan dari jenis tersorok (bagi tujuan aerodinamik) seperti yang popular digunakan sekarang. Apa yang berlaku dalam kemalangan EV ialah kuasa terputus dan penumpang terperangkap di dalam kenderaan. Sistem mekanikal yang disertakan kerap kali tersorok dan dalam keadaan panik sudah wujud beberapa kes penumpang mati terbakar. Pintu elektrik juga tidak membenarkan orang di luar membuka pintu.
Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China akan memperhalusi keperluan pintu mekanikal pada semua kenderaan pada bulan November. Jika cadangan diluluskan, semua kenderaan baharu di China perlu menyertakan ciri ini menjelang pertengahan 2027. China ialah pasaran EV terbesar dunia pada ketika arahan kerajaan akan membawa perubahan besar pada rekaan kenderaan dalam masa terdekat. Untuk terus dipasarkan di China, pengeluar lain seperti Tesla dan Hyundai perlu akur dengan keperluan pihak berkuasa tempatan.