BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sony AFEELA 1 Ialah Kereta Pertama Dengan Sokongan PlayStation Remote Play

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Meletakkan konsol dalam kereta bukan idea baharu dengan babak seorang pemandu bermain Gran Turismo sebelum berentap degan Dominic Toretto ada dipaparkan dalam filem The Fast and The Furious. Tetapi ini memerlukan konsol dipasang terus dalam kenderaan. Sony kini mengesahkan EV pertama mereka Sony AFEELA 1 ialah kenderaan pertama di dunia yang mempunyai sokongan PlayStation Remote Play secara terbina, Pemilik Sony AFEELA 1 yang dilancarkan awal tahun ini boleh menstrim permainan daripada konsol PlayStation 5 dan PlayStation 4 di rumah terus ke sistem infohibur kenderaan.

1766405046959.png

Sony mengatakan kelajuan sambungan minimum internet 5MB diperlukan dengan 15MB diperlukan untuk pengalaman yang terbaik. Sony AFEELA 1 ditawarkan dalam dua model iaitu AFEELA 1 Origin pada harga $89.900 (~RM 366,000) dan AFEELA 1 Signature $102,9000 (~RM 419,000) sebuah. Signature akan tiba ke tangan pembeli pada pertengahan tahun 2026 sementara Origin pula bermula 2027.
 
Back
Top
Log in Register