BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laluan Baharu Gunung Everest Tawar Akses Alternatif Ke Kem 1

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Laluan Baharu Gunung Everest Tawar Akses Alternatif Ke Kem 1​

22eb9cd2a0fd209ad6bfa920820fde246a8ae3fd76d1e

Pengerusi Ekspedisi Himalaya Bikram Pandey

Komuniti pendaki kini mempunyai laluan alternatif ke Kem 1 Gunung Everest menerusi pengenalan laluan Sundare Sherpa-Marc Batard, yang dijangka menawarkan pendakian lebih singkat dan berpotensi lebih selamat dengan mengelakkan Khumbu Icefall yang berbahaya.

Pengerusi Himalaya Expeditions Bikram Pandey berkata laluan yang dicadangkan itu berpotensi mengurangkan tempoh perjalanan untuk sampai ke Kem 1 berbanding laluan sedia ada melalui Khumbu Icefall.

“Laluan ini sekurang-kurangnya 10 hingga 14 hari lebih singkat berbanding laluan Khumbu Icefall sedia ada kerana pendakian secara tradisional melalui Khumbu Icefall memerlukan langkah berjaga-jaga tambahan serta pergerakan lebih perlahan bagi meminimumkan risiko.

“Laluan ini kini kira-kira 70 peratus siap, dengan ekspedisi pertama untuk menilai tahap keselamatannya dijangka dijalankan tahun depan selepas kerja-kerja pemasangan selesai,” katanya pada sesi perkongsian bersama Kelab Pendaki Everest Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata pendaki gunung juga boleh menggunakan puncak berdekatan seperti Nuptse sebagai pilihan untuk melakukan aklimatisasi sebelum pendakian ke puncak Gunung Everest.

Sementara itu, pendaki pertama Malaysia yang menawan puncak Gunung Everest Datuk M. Magendran berkata Malaysia dipilih sebagai satu daripada lokasi persinggahan untuk memperkenalkan laluan yang dicadangkan itu kerana negara ini mempunyai jumlah pendaki Gunung Everest tertinggi di Asia Tenggara, dengan 30 rakyat Malaysia berjaya sampai ke puncak setakat ini.

Beliau berkata Malaysia juga mempunyai hubungan rapat dengan industri pelancongan Nepal manakala ramai rakyat Malaysia berkunjung ke negara itu setiap tahun untuk menyertai ekspedisi pendakian.

Magendran berkata pengenalan laluan baharu itu boleh menggalakkan lebih ramai pendaki gunung Malaysia menyertai ekspedisi ke Gunung Everest dengan menyediakan laluan alternatif ke Kem 1.

“Kami percaya dengan pembukaan laluan baharu ke Kem 1, lebih ramai pendaki Malaysia berpeluang menawan puncak Gunung Everest pada masa hadapan.

 
Back
Top
Log in Register