BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KWSP:Penambahan Simpanan Akaun 1

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Penambahan Simpanan Akaun 1

Kemudahan menambah simpanan Akaun 1 bertujuan untuk meningkatkan simpanan persaraan ahli di samping menerapkan nilai-nilai murni kekeluargaan. Ahli keluarga yang layak boleh membantu menambah simpanan persaraan ahli.


Kelayakan Memohon

Kemudahan ini melibatkan dua (2) pihak iaitu:


Penambah Simpanan:

Suami - sebagai penambah simpanan kepada isteri / isteri-isteri; ATAU

Isteri - sebagai penambah simpanan kepada suami; DAN

Anak / Anak-Anak - sebagai penambah simpanan kepada ibu / bapa / ibubapa.

Penambah Simpanan boleh terdiri daripada warganegara atau bukan warganegara Malaysia.

Penambah Simpanan tidak semestinya ahli KWSP.

Penambah Simpanan boleh menambah simpanan kepada lebih daripada seorang Penerima Simpanan.

Penerima Simpanan:

Penerima Simpanan mestilah didaftarkan sebagai ahli KWSP.

Penerima Simpanan mestilah belum mencapai umur 55 tahun.

Penerima Simpanan mestilah warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.

Penerima Simpanan boleh menerima tambahan simpanan lebih daripada seorang Penambah Simpanan.

Amaun Yang Dibenarkan Untuk Tambahan




Amaun minimum bagi setiap tambahan simpanan adalah RM50.00 dan tiada had maksimum.
Tambahan simpanan boleh dibuat pada bila-bila masa.
Tambahan simpanan bukan daripada caruman KWSP Penambah Simpanan.


Lain-Lain

Tambahan Simpanan akan dimasukkan ke Akaun 1 Penerima Simpanan. Simpanan ini hanya boleh dikeluarkan apabila Penerima Simpanan mencapai umur 55 tahun atau apa-apa pengeluaran yang dibenarkan iaitu Pengeluaran 55 tahun, Hilang Upaya, Meninggalkan Negara atau Kematian.

Penambah Simpanan tidak layak mendapat pengecualian cukai ke atas amaun yang ditambah ke akaun KWSP Penerima Simpanan.

Tambahan simpanan yang telah dimasukkan ke akaun Penerima Simpanan tidak boleh dikembalikan kepada Penambah Simpanan.

Penambah Simpanan boleh menambah atau membatalkan bilangan Penerima Simpanan sedia ada pada bila-bila masa tertakluk kepada kelulusan Pegawai KWSP.

Cara Permohonan Dihantar


Serahan di kaunter


Bagi serahan pendaftaran di kaunter, borang dan dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:





Borang KWSP 3B - Permohonan Pendaftaran Penambah Simpanan / Penerima Simpanan / Membatal Penerima Simpanan;

Dokumen Sokongan (asal dan salinan fotostat bersaiz A4) iaitu:

Pasport sekiranya Penambah Simpanan bukan warganegara Malaysia.

Bukti Pertalian Penambah Simpanan dengan Penerima Simpanan iaitu:

Surat Nikah/Sijil Perkahwinan/ Sijil Kelahiran Anak (untuk menentukan hubungan suami isteri); ATAU

Sijil Kelahiran Penambah Simpanan/Sijil Pengangkatan yang sah (untuk menentukan hubungan anak dan ibu bapa).

Penerima Simpanan

Borang KWSP 3 (Borang Pendaftaran dan Pindaan Maklumat Ahli), sekiranya Penerima Simpanan belum menjadi ahli KWSP.

Kad Pengenalan Awam/MyKad/Kad Pengenalan Polis/Tentera dan Surat Pengesahan Majikan yang menyatakan Nombor Polis/Tentera dan Nombor Kad Pengenalan Awam, Penerima Simpanan merujuk kepada orang yang sama.

Serahan Melalui Pos


Sekiranya serahan melalui pos, anda dikehendaki mengemukakan Borang Permohonan KWSP 3B yang telah lengkap beserta salinan fotostat dokumen dan disahkan oleh pegawai pengesah yang dibenarkan oleh KWSP. Sila pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan pegawai yang dibenarkan oleh KWSP.


Permohonan melalui pos boleh dialamatkan kepada:


KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
Beg Berkunci No. 220
Jalan Sultan,
46720 Petaling Jaya,
SELANGOR,
MALAYSIA.
 
kalau suami pnya kwsp kira bawak masuk topap ke akaun isteri ke ni?


ke dari duit luar da?
 
kalau suami pnya kwsp kira bawak masuk topap ke akaun isteri ke ni?


ke dari duit luar da?

potongan gaji kot.....

kalau yg ambik skim berpencen camana? blh buat ke tambah akaun ni?
 
Dah buat dah..

Aku pergi sendiri PNB Putrajaya..

Cakap nak buat potongan saham ASW-KWSP..

Tak sampai 20 minit dah siap.. dapat payungASW2020 dan Bag PNB .. cantik

Lepas 2 minggu duit KWSP dah potong masuk dalam ASW2020.

So kepada bumiputera.. sila masuk ASW2020 sebelum kehabisan...#:-S
 
Back
Top
Log in Register