BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kurikulum Prasekolah 2026 Perkukuh Amalan Membaca - Fadhlina

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
7bdc339566b4b9ae01f95a6505e073c569455f7189b16

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (tiga, kiri) menerima Anugerah Rekod ASEAN bagi Platform Kota Buku Digital Bersepadu Pertama Yang Mencapai Pertumbuhan Pengguna Terpantas oleh Pengarah Eksekutif ASEAN Record Sdn Bhd Eldrick Koh (dua, kanan) pada Majlis Malam Kota Buku 2025 di sini, hari ini. Turut sama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Aminuddin Hassim (kanan), Pengerusi Perbadanan Kota Buku Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani (dua, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku Adibah Omar (kiri).
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kurikulum Prasekolah 2026 akan memberi penekanan khusus kepada amalan pembacaan bersama ibu bapa sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh literasi awal kanak-kanak, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau ketika berucap pada Malam Kota Buku 2025 di sini malam ini berkata inisiatif itu merangkumi pewujudan ruang membaca khas di prasekolah bagi menggalakkan interaksi ibu bapa dan anak menerusi aktiviti membaca.

“… dalam inisiatif kurikulum baharu untuk prasekolah misalnya, kami mendapat sokongan penuh daripada Perbadanan Kota Buku (PKB) dan rakan strategik yang menyokong penuh satu ruang membaca, yang akan diwujudkan di sekolah, khusus untuk memastikan penglibatan ibu bapa di peringkat prasekolah.

“Saya fikir tradisi memegang buku (dan membaca) masih lagi satu tradisi yang penting… sebab itu kita harus mendukung terus inisiatif sebegini, contohnya program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) yang kami akan angkat pada tahun hadapan,” katanya.

Malam Kota Buku 2025 mengetengahkan pencapaian PKB sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang membangunkan prasarana dan pelaksanaan program bacaan secara tersusun.

Fadhlina berkata pada 2026, tumpuan akan diberikan kepada beberapa agenda yang terkait dengan industri buku.

“Insya-Allah tahun hadapan kami ada ruang sedikit untuk memberikan tumpuan itu dan mudah-mudahkan segala apa yang kami hasratkan dapat kami laksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menekankan kepentingan memanfaatkan teknologi digital secara beretika dengan kerjasama PKB bagi memperluas akses bahan bacaan yang berkualiti.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPM Datuk Dr Aminuddin Hassim dan Ketua Pegawai Eksekutif PKB Adibah Omar.

 
Back
Top
Log in Register