Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
JOHOR BAHRU 14 Julai - Enam pengarah syarikat Ivory Multi Million Sdn. Bhd. dihukum penjara dua tahun dan denda RM100,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, setelah didapati bersalah mengambil deposit secara haram kira-kira RM180 juta daripada 9,000 pelabur.
Hakim Zanol Rashid Hussain menjatuhkan hukuman ke atas R. Ramesh, 42; R. Suresh, 42; R. Sopana Kumari, 47; T. Sukmaran, 50; V. Chandran, 54; dan V. Parthiban, 40, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.
Beliau turut memerintahkan kesemua tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda masing-masing.
Semua tertuduh yang mempunyai pertalian saudara hanya tunduk dan tidak memberi sebarang reaksi semasa Zanol membacakan hukuman terhadap mereka.
Kesemua tertuduh yang merupakan pengarah syarikat berkenaan didakwa menerima deposit daripada orang awam tanpa memiliki lesen yang sah antara Mac hingga Oktober 2000 di Lot. 10, Tingkat 19, Johor Bahru City Square, 106-108, Jalan Wong Ah Fook di sini.
Pertuduhan terhadap kesemua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM10 juta atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Bank Negara, Fahmi Abdul Moin manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Marisa Regina Fernando.