BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPT Kumpul Cadangan Laksana Penstrukturan Semula POLYCC- Zambry

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KPT Kumpul Cadangan Laksana Penstrukturan Semula POLYCC- Zambry​

bee3ed676aa5086b1ff377f838377afe6a0700494c906

5da0c047fa5bda88deba3e07b059790f6a07005852d3b

484332afffc2856cb8fa8cc008248b146a06fff32ba94

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bercakap kepada pemberita pada Program Kembara Karisma Pemimpin Muda MADANI 2026 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini sedang mengumpul cadangan dan dapatan bagi melaksanakan penstrukturan semula politeknik dan kolej komuniti (POLYCC), dalam usaha memperkukuh serta menambah baik institusi berkenaan.

Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata KPT sedang meneliti beberapa aspek utama yang memerlukan penambahbaikan, termasuk isu gaji, laluan kerjaya, pembangunan profesional serta kedudukan pegawai di institusi tersebut.

“Oleh demikian, segala aspek yang perlu dilihat semula. Pada peringkat POLYCC telah ditubuhkan satu jawatankuasa untuk melihat keseluruhan aspek termasuk dari segi kedudukan perundangan yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Program Kembara KARISMA Pemimpin Muda MADANI Zon Tengah POLYCC 2026, di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Zambry berkata cadangan yang diperoleh termasuk daripada program hari ini, akan dibawa ke hadapan dan dibentangkan kepada Kabinet apabila ia siap kelak.

Sebelum ini, Zambry dilaporkan berkata kerajaan sedang merangka usaha penstrukturan semula 36 politeknik di seluruh negara, bagi memperkasakan peranannya agar tidak lagi terhad kepada penawaran sijil dan diploma semata-mata, sebaliknya berupaya menawarkan pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana.

Beliau berkata langkah itu, bertujuan memastikan institusi berkenaan mampu memenuhi keperluan industri masa kini dan akan datang, khususnya dalam bidang berteknologi tinggi.

Kembara KARISMA Pemimpin Muda MADANI 2026 anjuran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), merupakan platform strategik bagi memperkukuh pembangunan bakat kepimpinan muda dalam kalangan pensyarah dan pentadbir Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Program tersebut dirangka secara berstruktur sebagai inisiatif pembangunan kepimpinan asas yang berteraskan nilai Malaysia MADANI, tadbir urus cemerlang serta pemikiran strategik selaras dengan aspirasi pendidikan tinggi negara.

 
Back
Top
Log in Register