BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPT Rangka Penstrukturan Semula 36 Politeknik, Tawar Pengajian Peringkat Ijazah Dan Sarjana - Zambry

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

KPT Rangka Penstrukturan Semula 36 Politeknik, Tawar Pengajian Peringkat Ijazah Dan Sarjana - Zambry​

1d636ca8e99487aa0625996a66f1625d6a05646f2b5e8

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (tengah) ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Majlis Pecah Tanah Kolej Komuniti Pontian di Kompleks Penghulu Mukim Benut, hari ini.

Kerajaan sedang merangka usaha penstrukturan semula 36 Politeknik di seluruh negara bagi memperkasa peranannya agar tidak lagi terhad kepada penawaran sijil dan diploma semata-mata, sebaliknya berupaya menawarkan pengajian pada peringkat ijazah dan sarjana.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata langkah itu bertujuan memastikan institusi berkenaan mampu memenuhi keperluan industri masa kini dan akan datang, khususnya dalam bidang berteknologi tinggi.

Beliau berkata kementerian sedang meneliti semula akta berkaitan dan dijangka mengemukakan cadangan penstrukturan semula melibatkan kesemua 36 institusi itu pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

"Kita akan lihat secara keseluruhannya termasuk dari segi ekosistem politeknik dan juga kursus yang ditawarkan bagi memenuhi permintaan dan keperluan masa kini dan juga masa hadapan.

"Sebagai contoh dalam bidang kecerdasan buatan (AI), elektrik dan elektronik (E&E) dan juga semikonduktor, Malaysia antara negara pengeluar semikonduktor yang besar di dunia," katanya kepada media selepas majlis pecah tanah Kolej Komuniti Pontian di Kompleks Penghulu Mukim Benut, di sini hari ini.

Zambry berkata peranan politeknik perlu dilihat semula termasuk struktur sedia ada kerana ia tidak boleh lagi berfungsi sekadar pada peringkat kemahiran pertengahan atau rendah.

"Kita perlukan politeknik yang lebih tinggi dan dapat melahirkan tenaga mahir dalam bidang-bidang yang saya sebutkan. Kalau kita lihat model politeknik yang terbaik di seluruh dunia, mereka juga turut mengemukakan idea-idea besar ini," katanya.

Mengenai program hari ini, beliau berkata projek bagi pembinaan Kolej Komuniti Pontian itu akan dilaksanakan di atas tanah seluas lapan ekar milik Kementerian Pendidikan (KPM), yang telah dipindahkan hak milik kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Projek dengan peruntukan sebanyak RM70 juta itu dijangka memulakan pembinaan pada tahun hadapan dan disasarkan siap sepenuhnya menjelang 2028 atau 2029.

 
Back
Top
Log in Register