BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kucing hitam tiba-tiba 'ghaib' ketika siaran langsung dalam TV3 buat ramai terkejut

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266




kucing-hitam.jpg


Kucing hitam tiba-tiba ‘ghaib’ ketika siaran langsung dalam TV3 buat ramai terkejut. Seperti yang kita tahu, kucing hitam ini sering disinonimkan dengan pelbagai kisah-kisah mistik dan seram sehinggakan ada yang takut untuk membela kucing yang berwarna hitam ini.
Walau bagaimanapun, ketahuilah bahawa kucing hitam ini sebenarnya sama sahaja seperti kucing-kucing lain.
Baru-baru ini, aksi seekor kucing hitam di kaca televisyen telah meraih perhatian orang ramai sehingga membuatkan ramai orang tertanya-tanya.


kucing-hitam.jpg

Menerusi potongan video daripada sebuah rancangan tv yang dimuat naik oleh @izzahizham di laman TikTok, kelihatan seorang wanita berjubah dan berkaca mata sedang diwawancara sambil memberikan jawapannya di kaca televisyen.

Kelihatan seekor kucing hitam selamba sahaja melintas di belakang wanita itu.
Namun apa yang paling mengejutkan orang ramai adalah apabila kucing hitam yang melintas itu tiba-tiba semakin pudar lalu ghaib pula secara tiba-tiba!
Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telkah meraih sebanyak 2M tontonan, 242.4K tanda suka, dan 5011 komen di laman platform sosial berkenaan.
Apabila menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya tertanya-tanya akan ke manakah si kucing hitam itu ‘teleport’ dengan badannya yang semakij pudar lalu terus hilang daripada skrin.

Ada juga yang terhibur melihat situasi itu dan berseloroh mengenainya.
Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa bahawa kejadian ghaib kucing hitam itu mungkin disebabkan oleh proses suntingan secara teknikal yang dilakukan dengan tidak sengaja.
 
Back
Top
Log in Register