BTC USD 50,771.7 Gold USD 1,784.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kuasa Magis Batu Megalit

k_barus

Fun Poster
Messages
536
Joined
Nov 12, 2009
Messages
536
Reaction score
45
Points
20
Apakah sebenarnya batu megalit???

Nama batu megalit dipercayai berasal dari perkataan Greek, Megalith. Mega bermaksud besar manakala lith bermaksud batu. Batu megalit dipercayai wujud sejak ribuan tahun Sebelum Masihi lagi.

Mengikut kepercayaan orang Melayu, batu megalit dikenali sebagai batu hidup. Batu ini terdiri daripada batu bersurat dan batu nisan purba dipercayai akan membesar dari semasa ke semasa. Batu jenis ini banyak terdapat di Melaka, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Sesetengah pihak menganggap bahawa batu megalit ini berasal dari larva gunung berapi. Ada segelintir masyarakat dan pihak tertentu yang mempercayai bahawa batu ini adalah sepihan daripada badan UFO. Ia dikatakan berkait rapat dengan kewujudan UFO yang banyak berlaku di serata dunia.

Sebenarnya, banyak batu megalit yang dijumpai di seluruh dunia, antaranya di Peru, Rusia dan Inited Kingdom. Antara batu megalit terbesar di dunia dipercayai terdapat di Englang.

Batu megalit ini mempunyai bentuk-bentuk ukiran tertentu secara semula jadi. Batu ini banyak digunakan oleh penduduk-penduduk dunia sebelum mereka membuat penempatan atau membina sesebuah kediaman baru. Ia boleh dilihat terhadap rekaan Stonehenge yang terdapat di beberapa negara di Eropah.

Ada masyarakat yang mempercayai batu megalit ini mempunyai kuasa magis, kononnya batu ini boleh memberi apa sahaja yang dihajati. Bagi orang Islam, perbuatan seperti ini adalah KHURAFAT dan bercanggah dengan akidah.

sumber daripada Mastika
 

CG Sponsors




Top
Log in Register