BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info MILITARY - Kapal Perang Kuasa Konvensional Terbesar Dunia Di Lancarkan China Dengan Sistem EMAL

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat China (PLN) hari ini secara rasmi memiliki kapal perang kuasa konvensional terbesar di dunia. Kapal pengangkut pesawat Fujian telah ditauliahkan oleh Presiden Xi Jinping pada Rabu lalu dalam sebuah majlis yang dilakukan di Pulau Hainan. Ia adalah kapal pengangkut pesawat pertama China dengan sistem melancarkan pesawat menggunakan bantuan pelontar dan pendaratan menggunakan penghalang (CATOBAR) dengan ia juga menjadi kapal kedua di dunia dengan sistem pelancar pesawat elektro magnet (EMAL). Fujian adalah mirip dengan kapal pengangkut pesawat kelas Forrestal Amerika Syarikat dari dekad 50an. Ia sepanjang 300 meter, selebar 76 meter dan seberat sekitar 72,000 Tan. Ia menjadikannya sebuah supercarrier kerana kemampuan membawa lebih banyak pesawat berbanding Lioning dan Shandong yang menggunakan sistem tanjakan untuk melancarkan pesawat.
1762528294087.png

Ia boleh membawa pesawat tempur J-35 dan J-15T serta pesawat amaran dan kawalan KJ-600. Dengan tiga pelancar EMAL, pelbagai jenis pesawat boleh dilancarkan ke udara dengan selamat berbanding sistem pelancar stim. Dengan kekuatan lontaran boleh dikawal, Fujian turun dijangka boleh membawa dron bagi menggandakan kekuatan di medan perang. Pembangunan kapal pengangkut China tidak terhenti dengan Fujian kerana mereka dilaporkan akan membina pula kapal pengangkut pesawat kuasa nuklear dengan reaktor sedang diuji di Sechuan sejak tahun lalu.​

1762528310637.png
 
China Menjadi Negara Ketiga Memiliki Kapal Pengangkut Pesawat Dengan Sistem CATOBAR

China ingin menjadi kuasa besar dunia bukan sahaja dari segi ekonomi – mereka kini di tangga kedua – dan juga dari segi kemampuan ketenteraan. Seperti Amerika Syarikat, China membelanjakan banyak wang untuk memodenkan angkatan tentera darat, udara dan darat mereka sejak 20 tahun kebelakangan ini. Antara langkah yang diambil ialah membangunkan sistem senjata ciptaan tempatan menggantikan sistem rekaan Rusia yang digunakan selama ini. Semalam China memasuki kelab eksklusif selepas kapal pengangkut pesawat Fujian dilancarkan. Ia merupakan kapal pengangkut pesawat ketiga milik Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat China (PLN) tetapi Fujian adalah yang pertama direka sepenuhnya oleh China. Dua kapal pertama mereka – Liaoning dan Shandong – menggunakan rekaan kelas Kuznetzov Kesatuan Soviet dari dekad 80an.

Dari segi saiz Fujian adalah mirip dengan kapal pengangkut pesawat kelas Forrestal Amerika Syarikat dari dekad 50an. Ia sepanjang 300 meter, selebar 76 meter dan seberat sekitar 72,000 Tan. Ia menjadikannya sebuah supercarrier kerana kemampuan membawa lebih banyak pesawat berbanding Lioning dan Shandong. Sistem pelancar pesawatnya juga moden kerana menggunakan sistem melancarkan pesawat menggunakan bantuan pelontar dan pendaratan menggunakan penghalang (CATOBAR). China menjadi negara ketiga selepas Amerika Syarikat dan Perancis menggunakan sistem CATOBAR. Sebelum ini PLN menggunakan sistem tanjakan ski untuk melancarkan pesawat. Lebih menarik ialah Fujian akan dilengkapi tiga pelancar pesawat elektro magnet (EMAL) yang membolehkan pelbagai jenis pesawat dan dron dilancarkan dengan selamat. Satu lagi sejarah dicatatkan kerana China menjadi negara kedua menggunakan EMAL selepas Amerika Syarikat.

Dua sistem di atas adalah canggih tetapi Fujian masih lagi menggunakan enjin turbin bahan api konvensional sedangkan Amerika Syarikat telahpun menggunakan sumber tenaga nuklear sejak 1961. Sungguhpun begitu dengan Fujian China kini menjadi negara di tangga kedua dengan pesawat pengangkut pesawat terbesar. China mempunyai lebih banyak kapal pengangkut pesawat berbanding United Kingdom, Jepun, Perancis dan India. Dengan wujudnya kapal pengangkut pesawat, China mempunyai kemampuan untuk menunjukkan kuasa mereka khususnya di kawasan Laut China Selatan yang cuba direbut sehingga menimbulkan ketegangan dengan negara-negara jiran termasuk Malaysia.​

1762528510195.png
 
Back
Top
Log in Register