BTC USD 81,674.0 Gold USD 4,022.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kta-kata hikmah seorang wali ALLAH

Orang yang tidak mahu berguru di dalam jalan untuk mengenal Allah samalah
seperti orang yang hendak petik buah rambutan di pokok yang banyak kerengga. Dia
pula tidak mahu menggunakan galah, dan tangga. Hatinya hendak makam buah
rambutan. Hendak dipanjatnya pokok rambutan itu tidak boleh, sebab banyak kerengga.
Akhirnya lihat sahajalah buah rambutan tersebut!
 
Setengah ulama’ zahiriah tidak setuju dengan penggunaan tasbih. Mereka kata
tasbih itu bid’ah, asal daripada Hindu dan Buddha. Kalau begitu, kereta yang kita pakai
itu mana ada Tok Syeikh yang buatnya. Semua datang daripada Jepun, dan dari negeri
orang putih. Jangan kita gunakan kereta itu buat maksiat sudahlah.
 
Iblis yang asal kejadiannya daripada api pun boleh terpesong dan derhaka Tuhan!
Apatah lagi kita manusia yang Allah ceritakan di jadikan daripada Air yang HINA!
 
Allah s.w.t. buat sesuatu ada kuotanya (kadarnya). Kuota itu terbahagi dua iaitu
kuota Ar-Rahman (Maha Pemurah) dan kuota Ar-Rahim (Maha Pengasih). Orang kafir
dan musyrikin, mereka ini termasuk di dalam kuota Ar-Rahman manakala orang Islam
yang mukmin termasuk di dalam kuota Ar-Rahim. Orang yang mengaku Islam tetapi
tidak ikut segala aturcara agama Islam, mereka ini tidak termasuk di dalam kuota Ar-
Rahim kerana pura-pura Islam. Mereka ini tidak pula termasuk di dalam kuota Ar-
Rahman kerana mereka mengaku Islam. Mereka inilah yang di makan oleh puak kafir
musyrikin, dan mereka jugalah yang merosakkan agama Islam. Inilah golongan
Munafiqin namanya.
 
Orang yang tidak senang dengan perjalanan Aulia’ ialah orang yang tidak senang
dengan Rasulullah s.a.w. Tidak senang dengan Rasulullah s.a.w. bermakna tidak senang
dengan Allah s.w.t.
 
Maksud Hadis. Doa adalah senjata orang mukmin. Pada hari ini manusia hanya
berdoa sahaja tetapi tidak mahu memproses dirinya menjadi mukmin. Sebab itulah doa
mereka tidak di terima oleh Allah (tertolak).
 
Untuk membuat bangunan, semua orang kafir boleh buat. Ah Chong, Ramasamy
dan orang kafir yang makan biawak pun boleh buat. Tetapi untuk membangunkan
keimanan. Siapa hendak buat? Ini hanyalah kerja para Aulia’.
 
Back
Top
Log in Register