BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kta-kata hikmah seorang wali ALLAH

meonfx

Fun Poster
Messages
949
Joined
Nov 29, 2011
Messages
949
Reaction score
53
Points
20
1)Cara cuci hati, banyakkan baca Al‐Quran, ingat mati dan hadir majlis zikir. Bila hati suci,
barulah ada tauhid.

2)Hanya ketaqwaan yang tinggi sahaja yang boleh menundukkan kesombongan, kekufuran dan
kesyirikkan sebagai mana Ibrahim Khalilullah menghancurkan kerajaan Namrud.

3)Jangan buat ibadat pura‐pura, nanti jadi kura‐kura.

4)Nabi Yunus a.s., duduk dalam perut ikan tapi, tak jadi tahi, sebab baginda membaca
(“La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”). Oleh itu supaya kita, tidak menjadi
tahi dunia, maka banyakkanlah membaca “La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu
minazzolimin”.

5)Kamu boleh paksa anak kamu untuk dunia, tak cukup dengan sekolah pergi tuisyen lagi. Tapi
kenapa dengan halqah zikir kamu tak boleh buat?

6)Air mata takut Allah s.w.t. tak sama dengan air mata lembu. Macamana air mata lembu? Bila
dia lapar dia menangis, bila dia sakit dia menangis, bila anak dia mati dia menangis. Macam
itulah air mata orang tidak takut Allah s.w.t.

7)Allah s.w.t. menceritakan di dalam Al‐Quran:
Mafhumnya “Sesungguhnya zikrullah itu Maha Besar, Maha Agung” (Surah Al‐Ankabut Ayat
45).
Maknanya zikrullah itu lebih hebat daripada bom atom. Pasal inilah Yahudi dan koncokonconya
menghalang orang berzikir dan halqah zikir.

8)kalau beramal nak dunia, nak hebat, nak kebal dan bermacam-macam lagi samal la dengan iblis. Iblis berdoa (meminta kebolehan atau kehebatan )kepada Allah nak menyesatkan manusia

9)Manusia di hari ini hanya menceritakan para aulia yang dah mati seperti Ibnu Arabi, Al Ghazali,
Hallaj dan ramai lagi. Tetapi kenapa mereka tak mahu mencari para aulia yang hidup di zaman
kita ini ? Seolah￾]olahnya mereka mahu auliya￾f yang dah mati itu hidup semula, lebih baik
minta Rasullah s.a.w. hidup balik untuk membimbing kita, kerana baginda Sayyidul Mursalin,
ini lebih afdal!

10)Kamu, kereta boleh beli tetapi jam loceng untuk mengejut waktu tahajjud tak boleh beli!

11)Berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan Sunnah Rasullullah s.a.w.

12)Kalaulah binatang buas boleh dilatih sebagaimana harimau, gajah dan beruk sarkas dilatih
untuk membuat pertunjukkan (boleh dijinakkan), apatah lagi manusia walhal mereka seindahindah
makhluk Allah, kerana Allah berfirman:
“Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia di dalam seindah‐indah bentuk” (Surah At‐Tin Ayat 4).

13)Jadilah hamba Allah, buatlah kerana Allah, MasyaAllah!

14)Saya tak bimbang anak￾]anak saya tak makan kerana rezeki, (sebab) Allah sudah jamin. Yang
saya bimbang anak￾]anak saya tak ada iman.

15)Kamu tentang makan, kamu pandai. Untuk menyedapkan sesuatu makanan berbagai ramuan
digunakan, tetapi kenapa untuk mendapat kemanisan di dalam ibadah kamu tak pandai?

16)Kalaulah anjing yang mengikut pemuda Ashabul Kahfi, Allah masukkan ke dalam syurga.
Apatah manusia yang bersungguh‐sungguh mengikuti perjalanan Ahlullah. Ada orang yang
menulis nama‐nama mereka ( Ashabul Kahfi ) untuk dibuat azimat sahaja. Ini saya tak setuju,
sepatutnya kita kena ikut jejak langkah mereka untuk menyelamatkan iman. Kita pun akan
sama dapat kekuatan macam mana yang Allah anugerahkan kepada mereka.

17)Bilal bin Rabbah r.a seorang hamba abdi. Orang yang dipandang hina oleh masyarakat tetapi
berhubung dengan keimanan dan tauhid, dia seorang yang mulia dan cerdik. Beliau tidak
tunduk kepada kekufuran dan kesyirikan walaupun jasadnya disiksa. Di hari ini, kita ada ramai
golongan cerdik pandai, ada pensyarah, ada jurutera, ada doktor, ada ulama’, tetapi
berhubung dengan keimanan dan tauhid, kita jauh ke belakang dan lebih ***** daripada Bilal
r.a.

18)Orang munafiq di zaman ini tak senang dengan pakaian sunnah.

19)Bala yang Allah kenakan kepada kita adalah setimpal dengan amal perbuatan kita. Bila kita
buat kebajikan. Pandanglah, bahawa itu semuanya anugerah dan rahmat Allah. Kalau buat
perkara yang tak berbetulan dengan jalan keredhaanNya janganlah disandarkan kepada Allah.
Salahkan nafsu kita sendiri. Ini tidak! Bila buat kebajikan kita rasa ada “share” (berkongsi)
dengan Tuhan. Bila buat maksiat dikatakan pula ini qodho Tuhan. Inilah puncanya manusia tak
sampai Tuhan dan semakin jauh daripada “rahmatNya”. Tidak lain kerana biadabnya kita!

20)￾gBuat apa nak zikir ( suara ) kuat￾]kuat? Allah s.w.t. bukan pekak! Zikir perlahan pun Allah s.w.t.
dengar￾h. Ini cakap orang yang tidak kenal Tuhan, cakap orang kafir. Habis itu Allah s.w.t.
jadikan petir yang berbunyi kuat itu, dia tidak dengar ke? Memang Allah s.w.t. tidak pekak
tetapi yang pekak itu ￾gnafsu￾h, dia tidak mahu dengar dan ikut perkara yang Allah s.w.t. redha.
Itulah sebabnya disuruh berzikir dengan suara yang kuat. Memang berzikir dengan sirr lebih
afdhol daripada zikir (suara) kuat. Tapi ini untuk orang yang dah sampai.
 
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyatakan ￾bahawa para sahabat umpama bintang￾]bintang di
langit￾h. Walaupun mereka berlainan bidang seperti bertani, berniaga, kaya, miskin, panglima,
hamba abdi dan lain￾]lain tetapi mereka mempunyai satu rahsia dengan Tuhan iaitu memiliki
sifat ￾gkehambaan￾h. Inilah perjalanan Ahlullah.
 
Sembahyang ada waktu. Zikrullah tidak ada waktu tertentu. Zikrullah kena dilakukan
sepanjang waktu. Semua para nabi dan rasul berzikir.
 
Pakai baju, dulukan tangan kanan, buka baju dulukan tangan kiri. Pakai kain dulukan kaki
kanan, tanggalkan kain, dulukan kaki kiri, pakai seluar duduk dulu dan mulakan dengan kaki
kanan kemudian barulah berdiri, buka seluar dulukan kaki kiri. Nak pakai kasut/selipar dulukan
kaki kanan nak buka, dulukan kaki kiri. Pakai kain tindihkan kanan di atas pihak kiri. Ni kamu
tidak! pakai ikut “DAN!”. Tak ikut sunnah, ikut syaitan, tak ada zikrullah. Zikrullah tak masuk
dalam badan lagi. Kamu ingat perkara ni kecik! Kalau perkara kecik tidak boleh nak jaga,
macam mana nak jaga perkara yang lebih BESAR?
 
Buang atau cukur janggut, simpan misai, macam Hindu! Ikut Hindu! Rasulullah s.a.w. suruh
panjangkan janggut, andamkan misai.
 
Semua nabi‐nabi dan rasul‐rasul a`laihimussalatu wassalam dibangkitkan oleh Allah s.w.t.
untuk menguatkan iman dan taqwa dahulu. Bila iman dan taqwa dah kuat, barulah perkaraperkara
lain akan ikut kuat. Ini tidak, nak kuat ekonomilah, kuatkan itulah, inilah. Nabi Adam
a.s. mula‐mula di turunkan ke bumi ini apa yang dibuat dulu? Baginda menangis takutkan
Allah s.w.t. selama 40 tahun. Adakah baginda buat benda lain dulu?
 
Punca bohsia dihari ini (keruntuhan moral) ialah disebabkan suntikan yang diberi kepada bayi
yang mengandungi hormon lembu atau kuda. Apa kerja lembu dan kuda? Jadi budak￾]budak ini
ikut perangai lembu dengan kudalah! Yang ada hormon manusia sahaja pun, payah nak asuh
apatah lagi yang ada hormon lembu dengan kuda. Inilah cara Yahudi dan Nasrani untuk
melemahkan orang Islam. Mereka tahu sekarang ini adalah masa kebangkitan Islam. Mereka
bunuh sel￾]sel kesolehan yang terdapat dalam anak￾]anak orang Islam. Sebagaimana Firaun
membunuh anak￾]anak Bani Israel kerana takutkan Musa a.s.
 
Penyelewangan hadis. Betullah! Rasulullah s.a.w suruh tuntut ilmu sampai ke negeri China,
tetapi masalahnya bila kita hantar penuntut kita ke China, mereka jadi China!, hantar ke
Amerika jadi Amerika!, hantar ke England jadi England!. Pasal kita tidak beri mereka kekuatan
(iman dan taqwa) terlebih dahulu. Hadis ini Rasulullah s.a.w. menceritakan di mana dan pada
bila? Pada masa iman para sahabat dah cukup kuat. Inilah penyelewengan hadis namanya.
 
Dari mana hendak kemana,
Singgah di dunia jangan buat bencana;
Di akhirat nanti jadi merana,
Kekal di dalam selama￾-lamanya.
 
Back
Top
Log in Register