BTC USD 81,519.3 Gold USD 4,119.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kta-kata hikmah seorang wali ALLAH

Cara pembersihan (jiwa) dengan cara bersedikit-sedikit (ikut kemampuan) iaitu
dengan selawat, istighfar dan zikir. Membaca surah Alam Nasyroh jikalau datang
perasaan jemu dan membaca surah Qulhuallah hu Ahad jikalau berasa celaru dan
serabut.
 
Sekarang ramai orang seperti kacang yang lupakan kulit. Hanya memandang
jasad (zahiriah sahaja) tidak memandang Rahmat Allah, itulah punca menjadi tidak
tawadduk (takabbur) - inilah permainan syaitan.
 
Kalau raja (pemerintah) lupa Allah dan rakyat lupa Allah maka kedua-duanya
masuk neraka.
 
Budak-budak gila dengan cara budaknya. Remaja gila dengan cara remajanya.
Orang muda, gila dengan cara mudanya. Orang tua gila dengan cara tuanya, yang ini
lagi teruk! Janggut dah putih tidak sedar-sedar lagi. Tidak ingat mati. Alamat hendak
masuk neraka!
 
Iblis pun berzikir. Dalilnya dalam surah Sod (ayat 82) iblis menyebut fabi izzatika
(hingga akhir ayat) (Demi KebesaranMu aku akan menyesatkan mereka semua). Dia
minta dengan kebesaran Tuhan.Tetapi iblis tidak istighfar dan selawat.
 
Tidak ada sebab kamu tidak mati, pasal malaikat maut pun akan mati.
 
Apa dia Iman? Iman ialah membuat perkara yang Allah perintah, dan
meninggalkan segala tegahannya tanpa fikir bicara.
 
Orang bakhil musuh Allah, walaupun dia ahli ibadah. (Maksud hadis) Kamu jangan
sempitkan istilah bakhil-kedekut hanya tertentu kepada harta sahaja.
• Bakhil masa- Tidak ada masa duduk halqah zikir dan membuat kebajikan. Pergi
tempat lalai ada masa!
• Bakhil tangan- Tidak di gunakan untuk khidmat di jalan Allah. Untuk nafsu boleh
pula!
• Bakhil mulut- Tidak digunakan untuk berzikir, berselawat, istighfar, membaca quran,
membaca hadis dan bercakap perkara berfaedah. Untuk bercakap kosong dan
perkara yang Allah tidak ridho boleh (mengumpat, memfitnah, melaga-lagakan orang
dan lain-lain lagi) pula!
• Bakhil mata- Tidak digunakan untuk membaca Al-Quran, hadis, baca kitab dan
memandang kebesaran Allah. Tengok benda maksiat boleh pula!
• Bakhil kaki- Untuk berjalan ke majlis orang soleh dan berkhidmat kerana Allah tidak
boleh. Berjalan ke tempat-tempat yang Allah benci boleh pula!
• Bakhil pemikiran- Tidak digunakan untuk memikirkan kebesaran Allah dan mencari
jalan keridhoan Allah. Hanya digunakan memikir untuk memuaskan “HAWA NAFSU”.
• Bakhil perut - Tidak digunakan perutnya untuk berlapar.
 
Hendak makan buah tembikai, tetapi tidak tanam buah tembikai atau tidak beli
buah tembikai bagaimana pula hendak makan buah tembikai. Tidak ikut susunan Allah.
Kamu hendak berjaya tapi tidak ikut orang yang berjaya. Imam Syafie (r.a.) pernah
berkata. Kamu harap-harap hendak berjaya tetapi kamu tidak ikut saluran-salurannya.
Sesungguhnya kapal itu tidak akan belayar di atas darat.
 
Kita tidak boleh lawan iblis. Hendak lawan iblis sama seperti hendak melawan
Allah. Pasal iblis pun minta izin daripada Allah untuk menyesatkan manusia. Untuk lawan
Iblis mintalah bantuan daripada Allah.
 
Back
Top
Log in Register