BTC USD 81,110.6 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kronologi beli rumah

PROJEK BILIK SEWA FLAT 2024

2 Rumah Flat Taman Seri Sejahtera :-
bilik kecil - rm300+300
bilik sedang - rm330+rm350
bilik besar - rm450+rm500(kongsi)
JUMLAH = RM1080+rm1150(rm26,760 setahun)

1 Rumah Flat Taman Machang Bubok :-
bilik tambahan - rm300
bilik kecil - rm300
bilik sedang - rm300
bilik besar - rm300
JUMLAH = RM1200 (rm14,400 setahun)

1 Rumah Apartment Taman Seri Janggus :-
bilik tambahan - rm250x2
bilik kecil - rm350
bilik sedang - rm350
bilik besar - rm500(kongsi)
JUMLAH = RM1700 (rm20,400 setahun)


bill utiliti 4 flat setahun rm 6,612(rm150+150+147+104)
bill utiliti TS setahun rm 5,810
LOAN TAMAN SELAMAT setahun rm19,200 (rm1600)
LOAN FLAT 3 BUAH setahun rm21,600 (rm750+450+600)
LOAN BR-V setahun rm7,800 (rm650)
JUMLAH = RM61,022
SEWA = RM61,560
BAKI BERSIH = RM538


Saya hanya fokus pada sewa bilik sahaja.
Saya tak fokus rumah sewa sebab tak untung pun dan sekadar bayar bulanan.Jadi saya tak masuk dlm bajet saya.
Nak tanya flat machang bubok tu, bilik tambahan guna dinding bata ke cement board? Size berapa bilik tambahan tu. Cadang nk carik gak sebiji area tu
 
Nak tanya flat machang bubok tu, bilik tambahan guna dinding bata ke cement board? Size berapa bilik tambahan tu. Cadang nk carik gak sebiji area tu
naik cement board..kalau nak buat bilik sewa,cari area perda/batu kawan sebab sana cepat je dapat penyewa..area alma machang bubuk ambik masa gak...
 
naik cement board..kalau nak buat bilik sewa,cari area perda/batu kawan sebab sana cepat je dapat penyewa..area alma machang bubuk ambik masa gak...
Oh perda ok ye? Wife saya orang Penang tapi mertua dah takde. Ingat nk cari aset kat sana, skang kt johor
 
PROJEK BILIK SEWA FLAT 2024

2 Rumah Flat Taman Seri Sejahtera :-
bilik kecil - rm300+300
bilik sedang - rm330+rm350
bilik besar - rm450+rm500(kongsi)
JUMLAH = RM1080+rm1150(rm26,760 setahun)

1 Rumah Flat Taman Machang Bubok :-
bilik tambahan - rm300
bilik kecil - rm300
bilik sedang - rm300
bilik besar - rm300
JUMLAH = RM1200 (rm14,400 setahun)

1 Rumah Apartment Taman Seri Janggus :-
bilik tambahan - rm250x2
bilik kecil - rm350
bilik sedang - rm350
bilik besar - rm500(kongsi)
JUMLAH = RM1700 (rm20,400 setahun)


bill utiliti 4 flat setahun rm 6,612(rm150+150+147+104)
bill utiliti TS setahun rm 5,810
LOAN TAMAN SELAMAT setahun rm19,200 (rm1600)
LOAN FLAT 3 BUAH setahun rm21,600 (rm750+450+600)
LOAN BR-V setahun rm7,800 (rm650)
JUMLAH = RM61,022
SEWA = RM61,560
BAKI BERSIH = RM538


Saya hanya fokus pada sewa bilik sahaja.
Saya tak fokus rumah sewa sebab tak untung pun dan sekadar bayar bulanan.Jadi saya tak masuk dlm bajet saya.
Mau tak serabut.
Kiraan juta2,
baki bersih rm538 setahun.

Apa2 pn aset tu dah naik nilai.
Rugi sikit pn takpa. Harta kita bertambah.
Berapa rumah tuan ada?
 
Aku berminat tapi ipoh ni kilang tak byk, kalau nak buat pun kena cari area selangor atau penang la kot....

Aku nak cari rumah2 bank lelong yg ada potensi penyewa........... Baru nak mula tu yg kena survey dulu
Jgn tunggu minat bos.
Umur makin tua loan makin susah n bayaran makin tinggi.
Asalkn layak loan rembat saja. Cari yg harga bawah penilaian. Tak kira rumah hantu, rumah org mati dibunuh, rumah org terdesak nk guna duit, pusaka yg nk dilepas segera , lelong dlll.
Asalkn murah dari pasaran

Rumah pertama saya kat taman perpaduan ipoh. Beli sebelum lost world tambun buka.
Buka pintu nampak lost world. 5minit jln kaki.
Homestay sesuai, tapi saya tak duk ipoh sekarang. Bg sewa rm600 sebulan.
Loan 300 sebulan
 
Mau tak serabut.
Kiraan juta2,
baki bersih rm538 setahun.

Apa2 pn aset tu dah naik nilai.
Rugi sikit pn takpa. Harta kita bertambah.
Berapa rumah tuan ada?
5 buah..ja..kondo dah juai sebab serabut nak pikir dengan maintenen sebulan rm200
walaupun dapat sedikit tapi saya beli rumah,kereta dan bil utiliti guna duit orang untuk bayarkan...sebab tu kena kerja habuan saving dan belanja dapur
 
rumah ke 6 dalam proses....sebab beli rumah ini adalah pentunjuk dari Allah melalui mimpi...rujuk link mimpi saya ini :-

Rumah flat Taman Seri Sejahtera Tingkat 2 bernilai rm120k
21/01/2025 : Wasap agen tanya pasal rumah tapi agent tak layan.
16/02/2025 : Jumpa owner..Owner bagi diskaun rm5k..puas hati bila deal ngan owner.
24/02/2025 :serah rn1000 pada owner tanda booking rumah dan submit loan pada HLB.Rumah ni guna dua nama iaitu nama saya dan juga bini.Lagipun rumah ini adalah rumah ketiga jadi kena sediakan deposit 30% iaitu rm36k.
25/02/2025 : Serah dokumen kepada RHB melalui wasap dan HLB wasap minta gambar rumah
27/02/2025 : RHB wasap kata loan tak lepas sebab komitmen tinggi.
28/02/2025 : UOB dan CIMB tolak permohonan pinjaman.UOB kira separuh dari duit sewa bulanan untuk dijadikan sebagai income menjadikan komitmen terlalu tinggi manakala CIMB reject sebab sewa bilik tak declare cukai.Submit dokumen pada Ambank untuk proses.
04/03/2025 : HLB maklum loan tak lepas sebab komitmen tinggi.Ambank minta gambar rumah dan salinan ic untuk proses loan.
10/03/2025 : Ambank reject permohonan sebab komitmen tinggi...cuba mohon dengan Affin Bank tapi ditolak sebab polisi Affin nakkan rumah kedua hendaklah bernilai rm200k keatas baru layak dimohon.Cuba mohon dengan Alliance Bank,Public Bank dan BSN.
11/03/2025 : Alliance Bank reject sebab sewa takde ssm.Submit document pada Public Bank.Submit juga dokumen pada MBSB dalam cubaan buat satu nama sahaja.
13/03/2025 : BSN hubungi aku kata tak boleh nak proced loan sebab komitment tinggi.Dia sarankan supaya duit sewa rumah flat aku kat Machang bubuk tu masuk dalam akaun personal aku supaya aku ada income lebih.
18/03/2025 : Submit dokumen pada Ambank untuk cubaan kali kedua.Kali pertama gagal sebab dokumen tak lengkap.
20/03/2025 : PB wasap kata loan kena rejected sebab komitmen tinggi dan surat sewa takde stamp duty.
21/03/2025 : MBSB baru minta dokumen untuk mulakan kerja.Asal tu nak mohon satu nama ja iaitu nama saya.
25/03/2025 : MBSB kata loan tak lepas.Dia suruh join loan dengan bini.
07/04/2025 : MBSB minta dokumen bini untuk diproses.
15/04/2025 : MBSB masukan permohonan saya bersama bini dalam CCRIS untuk diproses.
22/04/2025 : MBSB reject loan sebab rental yg masuk bank tak consistent
24/04/2025 : Ambank reject sebab DSR tinggi.
 
Last edited:
25/02/2025 : Serah dokumen kepada RHB melalui wasap dan HLB wasap minta gambar rumah
 
Last edited:
Boleh ke kita istihar rendah supaya kos 30% lebih rendah.
Penat juga nk sediakn 30%
 
Back
Top
Log in Register