BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kronologi beli rumah

zanuar

Super Active Member
Messages
6,079
Joined
Oct 14, 2009
Messages
6,079
Reaction score
468
Points
91
iwk 113-1.jpg


KRONOLOGI BELI RUMAH FLAT KOS RENDAH DIBAWAH KERAJAAN PENANG YG BERHARGA RM35K

rumah ni di beli tahun 2007..masa tu gaji saya rm1200.
rumah ni pula harga rm35k yg di tawarkan oleh kerajaan penang.
jadiloan rumah ni kena buat dua nama sebab gaji kecik dan komitmen banyak.
bini suri rumah sepenuh masa.
masa beli rumah ni,tak ada skim rumah pertamaku..jadi kena bayar depo.
jenuh pinjam kat adik beradik untuk duit depo..
duit epf ada pun tak banyak mana.
tahun 2012 dah selesai bayar.
 
Last edited:
iwk kondo 1.jpg


KRONOLOGI BELI ONE DAMANSARA CONDOMINIUM YANG BERHARGA RM270K THRU PEMAJU

Beli rumah ni secara tak sengaja pada tahun 2011...asal tu nak ronda2 dengan bini naik motor kelling damansara damai tu.
Pastu masuk showroom kat sebelah nasi kandar Mahbub di Damai tu.

Sembang dengan agen kata nak rumah sebelah lift dan berhadapan dengan kolam.
Nak parking kereta sebelah lift.
Agen kata ada dan minta deposit rm3000.

Rumah ni buat full loan dan lawyer fee termasuk dalam loan.Maknanya modal rm3k tu ja untuk dapatkan kondo.

Tahun 2013 dah boleh kunci..
 
Last edited:
iwk 119.jpg


Kronologi bini saya beli rumah subsale berharga rm88k direct owner untuk panduan masa depan.Saya namakan bini saya ibu untuk rujukan

1) 20/7/2018 ibu jumpa owner dan bayar rm300 tanda jadi.Owner bagi salinan geran,cukai pintu dan cukai tanah.
2) 26/7/2018 Ibu submit loan. (SEMINGGU KEMUDIAN)
3) 1/8/2018 Cawangan bank telefon HR untuk pengesahan dokumen.Yang luluskan adalah HQ.(SEMINGGU KEMUDIAN)
4) 17/8/2018 Bank panggil untuk sain offer latter.Pinjaman di menterai.(3 MINGGU KEMUDIAN)
5) 27/9/2018 Lawyer yang di lantik oleh bank panggil untuk beri penerangan tentang wang yang wajib dibayar. (7 MINGGU KEMUDIAN)
6) 12/10/2018 Lawyer minta deposit sebanyak 5% nilai rumah.(3 MINGGU KEMUDIAN)
7) 30/10/2018 Lawyer panggil sain SnP.Jadi kita boleh ambil SnP dan offer latter untuk mohon KWSP akuan 2.Ibu tak buat pengeluaran.(4 MINGGU KEMUDIAN)
8) 30/11/2018 Dapat resit dari penilai rumah.Masa di ambil sebulan penilai rumah buat kerja lengkapkan dokumentasi untuk di hantar kepada lawyer dan ibu.
9) 3/12/2018 Lawyer minta duit yuran peguam dijelaskan.Jumlah yang besar iaitu ribuan ringgit.(SEMINGGU KEMUDIAN)
10) 14/2/2019 Lawyer minta duit yuran peguam dijelaskan.Jumlah yang kecil iaitu ratusan ringgit.( 7 MINGGU KEMUDIAN)
11) 27/2/2019 Lawyer minta baki dposit dijelaskan sepenuhnya iaitu lagi 5% dari nilai rumah..total 10% deposit rumah.( 3 MINGGU KEMUDIAN)
12) 13/5/2019 Lawyer panggil untuk bagi kunci.Selesai...masa diambil ialah 10 bulan.
 
Last edited:
iwk taman selamat.jpg

KRONOLOGI BELI RUMAH DOUBLE STOREY TAMAN SELAMAT YANG BERHARGA RM350K DIRECT OWNER

1) 30/10/2021 Jumpa owner.Owner bagi geran rumah sahaja.
2) 01/11/2021 submit loan kat RHB dan HSBC.Cawangan HSBC reject sebab nama tak cantik
3) 02/11/2021 submit loan kat UOB dan CIMB. Cawangan UOB reject sebab nama terlalu bersih.
4) 11/11/2021 submit cukai pintu dan tanah pada RHB dan CIMB.
5) 18/11/2021 RHB call kata HQ lulus setakat 70% sahaja.CIMB call bagitau HQ reject.Dua dua bank bagi alasan umur 42 tiada komitmen bank dan akaun yang masuk gaji tak berapa cantik sebab tak ada baki yang banyak.
6) 19/11/2021 Submit loan Ambank dan Hong Leong Bank.
7) 22/11/2021 Submit loan Public Bank,MBSB dan BSN.
8) 24/11/2021 BSN call HR untuk pengesahan dokumen.
9) 26/11/2021 BSN wasap kata HQ reject sebab umor 42,basic income rendah,tiada rekod ccris,keupayaan pembayaran balik diragui
10) 29/11/2021 submit loan kat UOB dan HSBC
11) 29/11/2021 Amoi dari Pakar Mortgage Loan call.Dia bagitau umur atas 38 dan ccris 0 adalah sukar untuk mendapatkan loan.Dia nasihatkan ambil kredit kad.
12) 29/11/2021 submit loan asb rm10ribu.Tujuan nak bagi ada ccris.
13) 30/11/2021 Cawangan UOB reject sebab umor 42,basic income rendah,tiada rekod ccris,keupayaan pembayaran balik diragui
14) 06/12/2021 Kol Public Bank tanya status.Cawangan Public reject alasan basic income rendah dan keupayaan pembayaran balik diragui.
15) 07/12/2021 Hong Leong Bank call bagitau HQ reject loan sebab yang sama dengan bank yng lain.
16) 08/12/2021 HSBC wasap kata cawangan reject loan.Sebab Score decline (gaji payslip tolak comitment) tak sampai approval percentage.- walaupun record lama dah clear tapi internal record masih ada.
17) 17/12/2021 Ambank wasap kata loan reject.Sebab yang sama juga.
18) 17/12/2021 Mohon Kredit kad dari CIMB,PB,MBB dan BSN.Batal permohonan loan ASB.Sebab mohon kerana pegawai bank,AKPK,Bank Negara yg cadangkan.
19) 17/12/2021 Pegawai MBSB baru buat kerja.Minta dokumen tambahan dan dan gambar rumah untuk buka file permohonan.
20) 23/12/2021 Maybank masuk permohonan CC dalam ccris serentak dengan MBSB.Malam tu juga abah call Maybank untuk batalkan permohonan dan suruh depa keluarkan permohonan dalam ccris.Tujuan takut terganggu dengan permohonan rumah.Abah suruh ibu buat solat hajat agar di permudahkan urusan.Keesokannya maybank padam permohonan dalam ccris
21) 27/12/2021 Dapat msg dari CIMB kata kredit kad lulus rm3000.Mitos mengatakan umur lanjut dan ccris bersih amat susah dapat kredit kad adalah palsu.Yang penting kita mohon jer sebab permohonan CC hanya hantar dokumen yg minima.Saya call PB dan BSN untuk batal permohonan kredit .
22) 04/01/2022 dapat wasap dari MBSB kata loan rumah lulus 85% Alhamdulillah.
Kesimpulan dari catatan saya,RHB dan MBSB adalah anak syarikat KWSP,jadi permohonan untuk lulus tu cerah.
23) 5/01/2022 Tuan rumah minta deposit rm3000 tanda lock rumah tersebut.Tuan tumah bagi diskaun rm5000.
24) 6/01/2022 Sain offer letter MBSB.Pinjaman di menterai.
25) 19/01/2022 Kerani Lawyer wasap bincang pasal rumah dan yuran guaman.Lawyer cas yuran sebanyak rm18,600 tapi dapat diskaun menjadi harga rm16,000.Itu pun jenuh buat emoji muka kesian.Dah jimat rm2,600
26) 25/01/2022 Bank in duit pada lawyer untuk buka file.Saya bagi rm1100 ja.Baki rm14,900 lawyer fee.
27) 28/01/2022 Sain SnP/SPA dan serah deposit 10% berjumlah rm31,500 pada lawyer.Sebab serah deposit 10% adalah owner rumah kalut nak duit sangat.
28) 25/2/2022 Bank in duit rm1000 pada lawyer untuk yuran guaman.Baki rm13,900 lawyer fee.Minta pada lawyer salinan dokumen SPA dan Geran untuk keluarkan duit EPF.
29) 15/3/2022 Submit borang EPF untuk keluarkan duit EPF akaun 2.
30) 17/3/2022 Dua hari kemudian,permohanan EPF diluluskan.
31) 18/3/200 Duit EPF masuk bank.Masa yang diambil hanya 4 hari bekerja.
33) 1/4/2022 Bayar baki lawyer fee berjumlah rm13,900.Selesai sudah duit lawyer fee berjumlah rm16,000.
34) 18/4/2022 Bayar baki deposit rumah berjumlah rm13,000.Selesai sudah duit deposit yg keseluruhannya berjumlah rm47,500
35) 26/4/2022 Penilai rumah call untuk dapatkan number hp owner untuk mulakan kerja.
36) 19/5/2022 buat medical check up untuk insuran MRTA
37) 13/6/2022 MRTA reject insuran sebab masalah kesihatan.
38) 5/7/2022 Sain semula surat offer latter MBSB di mana pinjaman MRTA dimansuhkan.Pinjaman hanya loan rumah 85% dan penilai rumah (valuation)rm1200 sahaja.
39) 1/11/2022 Dah mula bayar kat bank duit pinjaman perumahan.Ikutkan dah dapat kunci tapi tuan rumah baru dapat duit rumah dan dia nak sewa kat saya sebulan habuan nak pindah barang.
40) 24/11/2022 Finaly dapat kunci.Dah boleh tukar nama pada TNB,PBA dan IWK dengan guna SnP untuk proses buka akaun baru.
 
Last edited:
iwk g-14.jpg



KRONOLOGI BELI APARTMENT TAMAN JANGGUS BERHARGA RM145K THRU AGENT

1 ) 31/08/2022 (RABU)Tengok rumah.Rumah elok dan puas hati
2) 03/09/2022 (SABTU)Serah dokumen pada agen melalui wasap.Minta agen submit 12/9 sebab nak bagi ccris cantik.
3) 12/09/2022 (ISNIN)Agen submit dokumen pada HLBB.HLBB terima dah proses.
4) 15/09/2022 (KHAMIS)Banker wasap kata loan lulus.Alhamdulillah.
5) 20/09/2022 (SELASA)Sain offer latter dari bank.
6) 21/09/2022 (RABU)Bayar duit booking (komisen) kepada agen sebanyak 3.18% (rm4611) dari 10% deposit.
7 ) 22/09/2022 (KHAMIS) Lawyer bagi quotation yuran SPA dan loan.Diskus minta diskaun dapat kurang rm100.
8) 04/10/2022 (SELASA) Sain SPA (SnP).Bayar pada lawyer baki deposit 6.82% sebanyak rm9889 dan sedikit duit yuran guaman rm1500.
9) 20/10/2022 (KHAMIS) Valuation call untuk bagi sebutharga sebelum memulakan kerja.Bayar harga servis rm750.
10) 28/10/2022 (JUMAAT) Dapat dokumen dari valuation yg mengesahkan kerja depa dah selesai.
11) 07/11/2022 (ISNIN) Lawyer wasap kata bank dah sign loan documents.Dia minta duit yuran guaman.Bagi kat dia rm1500.
12) 06/01/2023 (JUMAAT)Bank in duit MRTA sebanyak rm1488 pada Hong Leong.Sudah sebulan setengah Hong Leong hantar surat suruh saya bayar duit MRTA tapi baru hari ni saya ada sedikit duit untuk jelaskan.
13) 14/02/2023 (SELASA)Awal bulan tu lawyer wasap minta duit yuran...jadi hari ini saya bank in duit lawyer fee sebanyak rm2000 .
14) 13/03/2023 (ISNIN) Memandangkan saya ada duit lebihan,saya bank in duit lawyer fee yang berjumlah rm1480.Ini bermakna lawyer fee telah saya langsaikan sepenuhnya. Sekarang ni tunggu kunci rumah sahaja.
15) 15/03/2023 (RABU) Dapat email dari bank yang menyatakan duit pinjaman telah dikeluarkan dan saya kena bayar pinjaman bermula 4/4/2023 yang berjumlah rm650 sebulan.
16) 06/04/2023 (KHAMIS) Pergi ambil kunci.Bermakna urusan dah selesai.Alhamdulillah.
Owner nak sewa rumah tu untuk setahun jadi saya bagi sewa sebulan rm850.Surat perjanjian sewa dikeluarkan oleh lawyer terbabit.

Urusan dari serah dokumen submit loan hingga dapat kunci mengambil masa 7 bulan sahaja.
 
Last edited:
Bil Air TMB 1.jpg


KRONOLOGI BELI FLET MACHANG BUBOK BERHARGA RM105K THRU AGENT

01) 09/03/2023(SABTU) Pergi tengok rumah flet tingkat 2 di machang bubok lorong 20.Rumah puas hati sebab complete dia buat.Maknanya cuci kaki ja bila dapat kunci.
02) 06/04/2023(KHAMIS) Agent submit loan kat BSN sebab BSN boleh bagi loan yg tinggi.Sebelum ni cuba buat dekat HLBB tapi dapat loan setakat rm85k shj.
03) 17/04/2023(ISNIN) Agent wasap kata loan lulus.Alhamdulillah.Buat loan rumah rm96k dan MRTA rm4406.Jumlah pinjaman ialah rm100,406.Pinjaman dibuat selama 25 tahun,bulanan rm542 dengan rate 4.2%.
04) 19/04/2023(RABU) Pergi sain Offer Latter bank menandakan pinjaman di menterai.
05) 20/04/2023(KHAMIS) bank in duit deposit (komisen) pada agent rumah sebanyak 3.18% dari 10% deposit yang berjumlah rm3339
06) 11/05/2023(KHAMIS) Lawyer bagi sebut harga upah buat SnP yang berjumlah rm6395.60 tapi setelah di pujuk rayu dapat diskaun.Hanya perlu bayar rm6200.
07) 12/05/2023(JUMAAT) bank in yuran guaman kepada pihak lawyer sebanyak rm6200 dan juga deposit terakhir rumah sebanyak rm5661.Yuran guaman telah saya jelaskan sepenuhnya.
08) 13/05/2023(SABTU) Pergi sain SnP.
09) 17/06/2023(SABTU) Pergi sain dokumen bank yg di bawa oleh pihak lawyer.
10) 04/07/2023(SELASA) Dapat sebut harga dari valuation.Valuation melayu,jadi depa sembelih kaw2.Sebutharga servis rm900.Selepas bertengkar,dapat diskaun rm200.Jumlah yg perlu di bayar hnya rm700.
11) 29/08/2023(SELASA) Owner murah hati sebab bagi kunci awal.
12) 05/09/2023(SELASA) Tukar nama PBA,bayar rm61.50.Tukar nama TNB,bayar rm183.

Masa di ambil dari tengok rumah hingga dapat kunci hanya 6 bulan sahaja.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



rumah ke 6 dalam proses....sebab beli rumah ini adalah pentunjuk dari Allah melalui mimpi...rujuk link mimpi saya ini :-

Rumah flat Taman Seri Sejahtera Tingkat 2 bernilai rm120k
21/01/2025 : Wasap agen tanya pasal rumah tapi agent tak layan.
16/02/2025 : Jumpa owner..Owner bagi diskaun rm5k..puas hati bila deal ngan owner.
24/02/2025 :serah rn1000 pada owner tanda booking rumah dan submit loan pada HLB.Rumah ni guna dua nama iaitu nama saya dan juga bini.Lagipun rumah ini adalah rumah ketiga jadi kena sediakan deposit 30% iaitu rm36k.
25/02/2025 : Serah dokumen kepada RHB melalui wasap dan HLB wasap minta gambar rumah
27/02/2025 : RHB wasap kata loan tak lepas sebab komitmen tinggi.
28/02/2025 : UOB dan CIMB tolak permohonan pinjaman.UOB kira separuh dari duit sewa bulanan untuk dijadikan sebagai income menjadikan komitmen terlalu tinggi manakala CIMB reject sebab sewa bilik tak declare cukai.Submit dokumen pada Ambank untuk proses.
04/03/2025 : HLB maklum loan tak lepas sebab komitmen tinggi.Ambank minta gambar rumah dan salinan ic untuk proses loan.
10/03/2025 : Ambank reject permohonan sebab komitmen tinggi...cuba mohon dengan Affin Bank tapi ditolak sebab polisi Affin nakkan rumah kedua hendaklah bernilai rm200k keatas baru layak dimohon.Cuba mohon dengan Alliance Bank,Public Bank dan BSN.
11/03/2025 : Alliance Bank reject sebab sewa takde ssm.Submit document pada Public Bank.Submit juga dokumen pada MBSB dalam cubaan buat satu nama sahaja.
13/03/2025 : BSN hubungi aku kata tak boleh nak proced loan sebab komitment tinggi.Dia sarankan supaya duit sewa rumah flat aku kat Machang bubuk tu masuk dalam akaun personal aku supaya aku ada income lebih.
18/03/2025 : Submit dokumen pada Ambank untuk cubaan kali kedua.Kali pertama gagal sebab dokumen tak lengkap.
20/03/2025 : PB wasap kata loan kena rejected sebab komitmen tinggi dan surat sewa takde stamp duty.
21/03/2025 : MBSB baru minta dokumen untuk mulakan kerja.Asal tu nak mohon satu nama ja iaitu nama saya.
25/03/2025 : MBSB kata loan tak lepas.Dia suruh join loan dengan bini.
07/04/2025 : MBSB minta dokumen bini untuk diproses.
15/04/2025 : MBSB masukan permohonan saya bersama bini dalam CCRIS untuk diproses.
22/04/2025 : MBSB reject loan sebab rental yg masuk bank tak consistent
24/04/2025 : Ambank reject sebab DSR tinggi.
13/06/2025 : Kali ni duit sewa rumah di masukkan kedalam akaun saya bermula April hingga Jun.Saya cuba mohon guna nama saya seorang sahaja.Submit dokumen kat HLB dan Ambank.
22/06/2025 : Alhamdulillah,HLB lulus permohonan...pinjam rm84k,interest 4.5% dan sebulan bayar rm490 selama 23 tahun.MRTT beli tunai.MRTT buat secara 5 tahun sahaja dengan harga rm823
25/06/2025 : Lawyer wasap bagi quatation...pastu saya pujuk minta diskaun rm200..Alhamdulillah..dapat jugak..jumlah lawyer fees rm6600
26/06/2025 : Pergi sain Letter Offer (LO) dari HLB tanda pinjaman telah dimeterai.
02/07/2025 : Pergi sandar barang kemas habuan bayar deposit dan lawyer fee.Lagipun aku mana ada duit saving pun.Yg ada cuma barang kemas.Ni kisah aku bagaimana aku kumpul barang kemas.Besok pergi sain SnP.
03/07/2025 : Pergi sain SnP dan juga buat pembayaran deposit yg berjumlah rm11,000 dan juga sedikit duit lawyer berjumlah rm2600.
17/07/2025 : Valuation minta nombor owner untuk value rumah.Harga servis rm900.Aku pun mengamuk la sebab firm lain cas hanya rm750 sahaja.Ikut kan hati memang aku nak tukar firm tapi sebab terikat dengan polisi bank,terpaksa juga guna servis depa.Dapat less rm50.Jadi aku bayar rm850
25/07/2025 : Dua hari lepas lawyer wasap minta baki rumah dan duit lawyer dijelaskan sepenuhnya.Dan hari ni aku dah buat pembayaran penuh deposit rumah yg berjumlah rm24k dan duit lawyer yg berjumlah rm4k.Selesai sudah duit aku pada lawyer.
31/07/2025 : Valuer minta duit.Bayar rm850 dan urusan dengan valuation dah selesai.
09/08/2025 : Buat medical check up untuk pembelian insuran MRTT.Asal tu nak buat pada 2hb tapi doktor takde masa tu.Jadi aku buat pada 9hb.
13/08/2025 : Bank dah keluar duit pembelian rumah berjumlah rm84k pada lawyer.Ini menandakan bahawa uusan hampir selesai dan aku pula kena bayar loan rumah bermula 4/9/2025 yg berjumlah rm490.
18/08/2025 : Akhirnya dah boleh kunci.Masa di ambil dari sain LO hingga dapat kunci hanya 2 bulan sebab owner tiada hutang bank.Tu yang cepat.Alhamdullilah.
19/08/2025 : pergi tukar nama kat pejabat PBA dan dikenakan yuran sebanyak rm60.Tukar TNB guna online dan dikenakan yuran sebanyak rm183.......SELESAIIIIIIII......................🥰🥰🥰

1.jpg
 
Last edited:
tuan beli rumah macam beli pisang goreng jer o_Oo_Oo_O

hebat (y)(y)(y)
 
View attachment 637980

KRONOLOGI BELI RUMAH TAMAN SELAMAT YANG BERHARGA RM350K DIRECT OWNER

1) 30/10/2021 Jumpa owner.Owner bagi geran rumah sahaja.
2) 01/11/2021 submit loan kat RHB dan HSBC.Cawangan HSBC reject sebab nama tak cantik
3) 02/11/2021 submit loan kat UOB dan CIMB. Cawangan UOB reject sebab nama terlalu bersih.
4) 11/11/2021 submit cukai pintu dan tanah pada RHB dan CIMB.
5) 18/11/2021 RHB call kata HQ lulus setakat 70% sahaja.CIMB call bagitau HQ reject.Dua dua bank bagi alasan umur 42 tiada komitmen bank dan akaun yang masuk gaji tak berapa cantik sebab tak ada baki yang banyak.
6) 19/11/2021 Submit loan Ambank dan Hong Leong Bank.
7) 22/11/2021 Submit loan Public Bank,MBSB dan BSN.
8) 24/11/2021 BSN call HR untuk pengesahan dokumen.
9) 26/11/2021 BSN wasap kata HQ reject sebab umor 42,basic income rendah,tiada rekod ccris,keupayaan pembayaran balik diragui
10) 29/11/2021 submit loan kat UOB dan HSBC
11) 29/11/2021 Amoi dari Pakar Mortgage Loan call.Dia bagitau umur atas 38 dan ccris 0 adalah sukar untuk mendapatkan loan.Dia nasihatkan ambil kredit kad.
12) 29/11/2021 submit loan asb rm10ribu.Tujuan nak bagi ada ccris.
13) 30/11/2021 Cawangan UOB reject sebab umor 42,basic income rendah,tiada rekod ccris,keupayaan pembayaran balik diragui
14) 06/12/2021 Kol Public Bank tanya status.Cawangan Public reject alasan basic income rendah dan keupayaan pembayaran balik diragui.
15) 07/12/2021 Hong Leong Bank call bagitau HQ reject loan sebab yang sama dengan bank yng lain.
16) 08/12/2021 HSBC wasap kata cawangan reject loan.Sebab Score decline (gaji payslip tolak comitment) tak sampai approval percentage.- walaupun record lama dah clear tapi internal record masih ada.
17) 17/12/2021 Ambank wasap kata loan reject.Sebab yang sama juga.
18) 17/12/2021 Mohon Kredit kad dari CIMB,PB,MBB dan BSN.Batal permohonan loan ASB.Sebab mohon kerana pegawai bank,AKPK,Bank Negara yg cadangkan.
19) 17/12/2021 Pegawai MBSB baru buat kerja.Minta dokumen tambahan dan dan gambar rumah untuk buka file permohonan.
20) 23/12/2021 Maybank masuk permohonan CC dalam ccris serentak dengan MBSB.Malam tu juga abah call Maybank untuk batalkan permohonan dan suruh depa keluarkan permohonan dalam ccris.Tujuan takut terganggu dengan permohonan rumah.Abah suruh ibu buat solat hajat agar di permudahkan urusan.Keesokannya maybank padam permohonan dalam ccris
21) 27/12/2021 Dapat msg dari CIMB kata kredit kad lulus rm3000.Mitos mengatakan umur lanjut dan ccris bersih amat susah dapat kredit kad adalah palsu.Yang penting kita mohon jer sebab permohonan CC hanya hantar dokumen yg minima.Saya call PB dan BSN untuk batal permohonan kredit .
22) 04/01/2022 dapat wasap dari MBSB kata loan rumah lulus 85% Alhamdulillah.
Kesimpulan dari catatan saya,RHB dan MBSB adalah anak syarikat KWSP,jadi permohonan untuk lulus tu cerah.
23) 5/01/2022 Tuan rumah minta deposit rm3000 tanda lock rumah tersebut.Tuan tumah bagi diskaun rm5000.
24) 6/01/2022 Sain offer letter MBSB.Pinjaman di menterai.
25) 19/01/2022 Kerani Lawyer wasap bincang pasal rumah dan yuran guaman.Lawyer cas yuran sebanyak rm18,600 tapi dapat diskaun menjadi harga rm16,000.Itu pun jenuh buat emoji muka kesian.Dah jimat rm2,600
26) 25/01/2022 Bank in duit pada lawyer untuk buka file.Saya bagi rm1100 ja.Baki rm14,900 lawyer fee.
27) 28/01/2022 Sain SnP/SPA dan serah deposit 10% berjumlah rm31,500 pada lawyer.Sebab serah deposit 10% adalah owner rumah kalut nak duit sangat.
28) 25/2/2022 Bank in duit rm1000 pada lawyer untuk yuran guaman.Baki rm13,900 lawyer fee.Minta pada lawyer salinan dokumen SPA dan Geran untuk keluarkan duit EPF.
29) 15/3/2022 Submit borang EPF untuk keluarkan duit EPF akaun 2.
30) 17/3/2022 Dua hari kemudian,permohanan EPF diluluskan.
31) 18/3/200 Duit EPF masuk bank.Masa yang diambil hanya 4 hari bekerja.
33) 1/4/2022 Bayar baki lawyer fee berjumlah rm13,900.Selesai sudah duit lawyer fee berjumlah rm16,000.
34) 18/4/2022 Bayar baki deposit rumah berjumlah rm13,000.Selesai sudah duit deposit yg keseluruhannya berjumlah rm47,500
35) 26/4/2022 Penilai rumah call untuk dapatkan number hp owner untuk mulakan kerja.
36) 19/5/2022 buat medical check up untuk insuran MRTA
37) 13/6/2022 MRTA reject insuran sebab masalah kesihatan.
38) 5/7/2022 Sain semula surat offer latter MBSB di mana pinjaman MRTA dimansuhkan.Pinjaman hanya loan rumah 85% dan penilai rumah (valuation)rm1200 sahaja.
39) 1/11/2022 Dah mula bayar kat bank duit pinjaman perumahan.Ikutkan dah dapat kunci tapi tuan rumah baru dapat duit rumah dan dia nak sewa kat saya sebulan habuan nak pindah barang.
40) 24/11/2022 Finaly dapat kunci.Dah boleh tukar nama pada TNB,PBA dan IWK dengan guna SnP untuk proses buka akaun baru.
zanuar... once upon a time
 
Back
Top
Log in Register