BTC USD 81,330.1 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kronologi beli rumah

KRONOLOGI BELI FLET MACHANG BUBOK BERHARGA RM105K THRU AGENT

01) 09/03/2023(SABTU) Pergi tengok rumah flet tingkat 2 di machang bubok lorong 20.Rumah puas hati sebab complete dia buat.Maknanya cuci kaki ja bila dapat kunci.
02) 06/04/2023(KHAMIS) Agent submit loan kat BSN sebab BSN boleh bagi loan yg tinggi.Sebelum ni cuba buat dekat HLBB tapi dapat loan setakat rm85k shj.
03) 17/04/2023(ISNIN) Agent wasap kata loan lulus.Alhamdulillah.Buat loan rumah rm96k dan MRTA rm4406.Jumlah pinjaman ialah rm100,406.Pinjaman dibuat selama 25 tahun,bulanan rm542 dengan rate 4.2%.
04) 19/04/2023(RABU) Pergi sain Offer Latter bank menandakan pinjaman di menterai.
05) 20/04/2023(KHAMIS) bank in duit deposit (komisen) pada agent rumah sebanyak 3.18% dari 10% deposit yang berjumlah rm3339
06) 11/05/2023(KHAMIS) Lawyer bagi sebut harga upah buat SnP yang berjumlah rm6395.60 tapi setelah di pujuk rayu dapat diskaun.Hanya perlu bayar rm6200.
07) 12/05/2023(JUMAAT) bank in yuran guaman kepada pihak lawyer sebanyak rm6200 dan juga deposit terakhir rumah sebanyak rm5661.Yuran guaman telah saya jelaskan sepenuhnya.
08) 13/05/2023(SABTU) Pergi sain SnP.
09) 17/06/2023(SABTU) Pergi sain dokumen bank yg di bawa oleh pihak lawyer.
10) 04/07/2023(SELASA) Dapat sebut harga dari valuation.Valuation melayu,jadi depa sembelih kaw2.Sebutharga servis rm900.Selepas bertengkar,dapat diskaun rm200.Jumlah yg perlu di bayar hnya rm700.

---akan ada sambungannya...----

11) 29/08/2023(SELASA) Owner murah hati sebab bagi kunci awal.
12) 05/09/2023(SELASA) Tukar nama PBA,bayar rm61.50.Tukar nama TNB,bayar rm183.

Masa di ambil dari tengok rumah hingga dapat kunci hanya 6 bulan sahaja.

----------------------------------------selesai-----------------------------------------------------------
 
Rumah kat penang lani

Atas rm500,000 tak kena downpayment 10%

Yang bawah rm500,000 kena siap downpayment 10%

Contoh

Korang beli rumah rm320,000

Kena siap downpayment rm32,000

Manakala kalau korang beli rumah rm600,000

Tak payah bayar downpayment langsung cuma tunggu loan lulus

Macam mana

Nak beli rumah kat penang island

Saya sedia bantu

Mai sembang ngan saya

Tak rugi beli rumah kat penang

Harga cepat naik

Orang nak sewa rumah sentiasa ada
lain kali beli awal bang jgn tungu2 harga rumah nak turun. mmg tak kan turun

Sbb tanah tu tak ada susut nilai harga akan naik dan naik. Binaan rumah / Bangunan yg ada susut nilai.
 
11) 29/08/2023(SELASA) Owner murah hati sebab bagi kunci awal.
12) 05/09/2023(SELASA) Tukar nama PBA,bayar rm61.50.Tukar nama TNB,bayar rm183.

Masa di ambil dari tengok rumah hingga dapat kunci hanya 6 bulan sahaja.

----------------------------------------selesai-----------------------------------------------------------
Tumpang tanya.
Flat kat penang ni, x terikat dgn syarat kos rendah ke?
Boleh buat pindah hakmilik utk bukan rumah pertama?
 
Tumpang tanya.
Flat kat penang ni, x terikat dgn syarat kos rendah ke?
Boleh buat pindah hakmilik utk bukan rumah pertama?
syarat untuk beli rumah flat jenis subsale(2nd hand),rumah flat tu mesti usia atas 10 tahun,baru boleh jual atau beli..
 
Kira syarat2 low cost tu terbatal ka?
bab pendapatan dan kena ic penang masih terpakai ka..
untuk beli rumah flat subsale,lepas 10 tahun ja,semua org bebas beli...
andaikata rumah flat tu usia 3 tahun dan kena lelong..semua orang bebas untuk beli rumah tersebut
 
Back
Top
Log in Register