BTC USD 81,102.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kronologi beli rumah

aku sekolah tak habis..bukan macam hang..sekolah tinggi melangit..sebab aku tak sekolah habis la aku kena minta bantuan..hg tu masa sekolah dah dapat bantuan..patut bersyukur pada gomen sebab bagi bantuan persekolahan kat hang untuk hg berjaya...
Gaji dgn income umah sewa dah lebih sgt rezekinye...
Hang jauh lebih senang pd aku...
Bersyukur la dgn rezeki yg ade...
 
View attachment 637984

KRONOLOGI BELI APARTMENT TAMAN JANGGUS BERHARGA RM145K THRU AGENT

1 ) 31/08/2022 (RABU)Tengok rumah.Rumah elok dan puas hati
2) 03/09/2022 (SABTU)Serah dokumen pada agen melalui wasap.Minta agen submit 12/9 sebab nak bagi ccris cantik.
3) 12/09/2022 (ISNIN)Agen submit dokumen pada HLBB.HLBB terima dah proses.
4) 15/09/2022 (KHAMIS)Banker wasap kata loan lulus.Alhamdulillah.
5) 20/09/2022 (SELASA)Sain offer latter dari bank.
6) 21/09/2022 (RABU)Bayar duit booking (komisen) kepada agen sebanyak 3.18% (rm4611) dari 10% deposit.
7 ) 22/09/2022 (KHAMIS) Lawyer bagi quotation yuran SPA dan loan.Diskus minta diskaun dapat kurang rm100.
8) 04/10/2022 (SELASA) Sain SPA (SnP).Bayar pada lawyer baki deposit 6.82% sebanyak rm9889 dan sedikit duit yuran guaman rm1500.
9) 20/10/2022 (KHAMIS) Valuation call untuk bagi sebutharga sebelum memulakan kerja.Bayar harga servis rm750.
10) 28/10/2022 (JUMAAT) Dapat dokumen dari valuation yg mengesahkan kerja depa dah selesai.
11) 07/11/2022 (ISNIN) Lawyer wasap kata bank dah sign loan documents.Dia minta duit yuran guaman.Bagi kat dia rm1500.
12) 06/01/2023 (JUMAAT)Bank in duit MRTA sebanyak rm1488 pada Hong Leong.Sudah sebulan setengah Hong Leong hantar surat suruh saya bayar duit MRTA tapi baru hari ni saya ada sedikit duit untuk jelaskan.
13) 14/02/2023 (SELASA)Awal bulan tu lawyer wasap minta duit yuran...jadi hari ini saya bank in duit lawyer fee sebanyak rm2000 .
14) 13/03/2023 (ISNIN) Memandangkan saya ada duit lebihan,saya bank in duit lawyer fee yang berjumlah rm1480.Ini bermakna lawyer fee telah saya langsaikan sepenuhnya. Sekarang ni tunggu kunci rumah sahaja.
15) 15/03/2023 (RABU) Dapat email dari bank yang menyatakan duit pinjaman telah dikeluarkan dan saya kena bayar pinjaman bermula 4/4/2023 yang berjumlah rm650 sebulan.
16) 06/04/2023 (KHAMIS) Pergi ambil kunci.Bermakna urusan dah selesai.Alhamdulillah.
Owner nak sewa rumah tu untuk setahun jadi saya bagi sewa sebulan rm850.Surat perjanjian sewa dikeluarkan oleh lawyer terbabit.

Urusan dari serah dokumen submit loan hingga dapat kunci mengambil masa 7 bulan sahaja.
saya takde saving pun untuk beli rumah...asal ada rumah menarik,terus saya beli..bab duit,saya bertawakal pada Allah..jadi saya akan tulis perancangan dari mana sumber duit boleh diperoleh untuk membayar deposit dan lawyer fee.

PERANCANGAN SUMBER DUIT BELI APARTMENT TAMAN JANGGUS

1) BOOKING DEPOSIT 3.18% (RM4611) <----Duit gaji September 2022.<DONE>
2) FINAL DEPOSIT 6.82% (RM9889) <----Sandar barang kemas<DONE>
3) MRTA RM1500 <----Sandar barang kemas<DONE>
4) Valuation RM750 <----- Duit gaji Oktober 2022<DONE>
5) Lawyer RM6479.64 <------>Duit gaji bulanan RM1500 , RM1500,RM2000,RM1479.64.

BAJET RM23,230

TEBUS BARANG KEMAS

1) RM4000 <---RM4480 (DONE)
2) RM720 <---RM777.60 (DONE)
3) RM2750 <--- RM2845.64 (DONE)
4) RM1360 <--- RM1400 (DONE)
5) RM2420 <---RM2525.10 (DONE)
6) RM3000 <---RM3180 (DONE)
<sandar rm14,250><bunga rm958.34>

Bayar Duit Lawyer
RM6,479.64
a) 04/10/2022 <---rm1500.00
b) 17/11/2022 <---rm1500.00
c) 14/02/2023 <---rm2000.00
d) 13/03/2023 <---rm1479.64

-----------------------------------------------TAMAT---------------------------------------------------------
13/03/2023 isnin
ALHAMDULILLAH
 
Rumah kat penang lani

Atas rm500,000 tak kena downpayment 10%

Yang bawah rm500,000 kena siap downpayment 10%

Contoh

Korang beli rumah rm320,000

Kena siap downpayment rm32,000

Manakala kalau korang beli rumah rm600,000

Tak payah bayar downpayment langsung cuma tunggu loan lulus

Macam mana

Nak beli rumah kat penang island

Saya sedia bantu

Mai sembang ngan saya

Tak rugi beli rumah kat penang

Harga cepat naik

Orang nak sewa rumah sentiasa ada
 
Rumah kat penang lani

Atas rm500,000 tak kena downpayment 10%

Yang bawah rm500,000 kena siap downpayment 10%

Contoh

Korang beli rumah rm320,000

Kena siap downpayment rm32,000

Manakala kalau korang beli rumah rm600,000

Tak payah bayar downpayment langsung cuma tunggu loan lulus

Macam mana

Nak beli rumah kat penang island

Saya sedia bantu

Mai sembang ngan saya

Tak rugi beli rumah kat penang

Harga cepat naik

Orang nak sewa rumah sentiasa ada
Penang island xmau la dauz.. padat la.. tiap2 hari jemmm..
 
Boleh buat duit harga cepat naik sewa ramai mau
org lani nak sewa rumah rm300-500 ja...bila bagi sewa mahai,depa lari malam...pastu depa kata,tu kawan kami sewa rumah teres sebulan rm450 ja..takkan kami tak dapat harga tu..berapa kali tuan rumah pergi haji ni?
 
org lani nak sewa rumah rm300-500 ja...bila bagi sewa mahai,depa lari malam...pastu depa kata,tu kawan kami sewa rumah teres sebulan rm450 ja..takkan kami tak dapat harga tu..berapa kali tuan rumah pergi haji ni?
Tengok la location kat mana sewa

Takkan dekat ngan komtar georgetown sewa rm500 paling kurang rm850
 
Back
Top
Log in Register