kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
--kredit JBPM
Insiden runtuhan struktur binaan sementara projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Batu Caves semalam dipercayai berpunca daripada perlanggaran boom jentera kren pengangkat (skylift) yang digunakan untuk kerja pemeriksaan ketebalan cat.
Kerja berisiko tinggi itu juga didapati dijalankan tanpa Permit Kerja bertulis daripada kontraktor utama projek.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata dapatan itu hasil siasatan awal Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dengan tindakan tegas termasuk pengeluaran notis larangan bekerja telah diambil terhadap kontraktor terlibat.
“Kita mahu siasatan adil kepada semua pihak. Sebab itu kita hentikan kerja terlebih dahulu dan keluarkan notis larangan bekerja kepada kontraktor. Banyak siasatan perlu dibuat sebelum kita boleh pastikan punca sebenar,” katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi kejadian hari ini.
Semalam, seorang wanita P. Gogilavani, 44, berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya dihempap struktur binaan sementara projek ECRL di MRR2 berhampiran Plaza Tol Gombak kira-kira pukul 1.47 tengah hari.
Abdul Rahman berkata maklumat awal menunjukkan insiden itu berkemungkinan besar berkaitan pergerakan jentera kren pengangkat, namun siasatan menyeluruh bersama JKR dan JKKP masih diperlukan untuk mengesahkan punca sebenar.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, termasuk meneliti reka bentuk struktur perlindungan sementara di lokasi.
Beliau berkata terdapat dua lagi struktur binaan sementara seumpamanya di kawasan berhampiran, dan semua kerja di zon berkenaan telah dihentikan serta-merta sehingga keselamatan disahkan terjamin.
“Saya telah arahkan JKR dan JKKP untuk melihat secara serentak semua struktur kerja yang sama bentuk. Kalau betul ia melibatkan skylift, kita akan teliti aspek itu. Kalau bukan, kita kena dapatkan punca sebenar,” katanya.
Kren Pengangkat Disyaki Punca Runtuhan Struktur ECRL
ECRL, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, JKR, JKKP