BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Runtuhan Struktur Bangunan Warisan: P.Pinang Arah Pemilik Lakukan Pemeriksaan Keselamatan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Runtuhan Struktur Bangunan Warisan: P.Pinang Arah Pemilik Lakukan Pemeriksaan Keselamatan​

69632414227e2df7f1205c489e22cb756a71ac6d1ce98


Kerajaan negeri meminta semua pemilik bangunan warisan agar menjalankan pemeriksaan keselamatan susulan kejadian dua warga Sri Lanka yang cedera selepas ditimpa runtuhan daripada sebuah bangunan warisan di Lebuh Armenian di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai berkata George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah diminta untuk mengeluarkan nasihat tersebut kepada pemilik bangunan di negeri ini.

Beliau berkata insiden itu menjadi peringatan mengenai kepentingan memastikan aspek keselamatan struktur bangunan lama dan bangunan warisan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

"Perhatian bukan sahaja perlu diberikan kepada bangunan yang terlibat dalam kejadian ini, malah semua bangunan warisan dan bangunan lama perlu dipastikan berada dalam keadaan selamat kerana ia boleh mengancam keselamatan pejalan kaki serta pelawat," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Terdahulu, beliau bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri H'ng Mooi Lye, Datuk Bandar MBPP Datuk A. Rajendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar Teh Lai Heng dan wakil GTWHI melawat lokasi kejadian.

Wong berkata kerajaan negeri sedang menunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan memberi bantuan segera kepada dua pelancong itu dan kini sedang menghubungi Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka di Kuala Lumpur bagi menyelaras bantuan yang bersesuaian kepada kedua-dua mangsa yang telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

"Kerajaan negeri memandang serius kejadian itu dan kita amat prihatin terhadap kes tersebut, bukan sahaja kerana dua pelancong mengalami kecederaan malah ia turut melibatkan aspek keselamatan di kawasan warisan yang menjadi tumpuan pelancong," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari tadi, mangsa yang dikenal pasti sebagai Mohamad Ammtar, 66, dan Fatimah, 55, menerima rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register