BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPWKM Bantu 1,400 Pemandiri Keganasan Rumah Tangga Bangkit Bina Kehidupan Baharu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KPWKM Bantu 1,400 Pemandiri Keganasan Rumah Tangga Bangkit Bina Kehidupan Baharu​

e0294d0c65551d7d8eb2243180032f936a86a8feabcc2

61dba57c6e1ff9daefc3c69ed84864716a86a90dd7a8e

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (dua,kiri) dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hui Ying (tiga, kanan) menyantuni mangsa keganasan rumah tangga pada Program Santun Kasih Pemandiri Keganasan Rumah Tangga : Road to Elimination of Violence Against Women hari ini.

Turut sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hui Ying.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melancarkan Program Santun Kasih Pemandiri@Keganasan Rumah Tangga (SARI@KRT) bagi membantu 1,400 pemandiri keganasan rumah tangga di seluruh negara membina semula kehidupan mereka.

Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata program itu memperuntukkan sekurang-kurangnya 100 peserta bagi setiap negeri, dengan menumpukan kepada pengukuhan sokongan psikososial, bantuan perundangan serta pemerkasaan ekonomi wanita yang terjejas akibat keganasan rumah tangga.

Beliau berkata inisiatif itu ialah usaha berterusan kerajaan untuk memastikan mangsa tidak lagi menderita dalam diam tetapi diberi dorongan dan keyakinan untuk keluar daripada trauma keganasan.

“Kita bukan sekadar memberikan pendedahan tetapi mahu menyuntik kembali keyakinan dalam diri mangsa bahawa setiap kemelut yang mereka hadapi ada jalan keluarnya menerusi saluran tindakan yang betul.

“Kerajaan sentiasa bersedia membimbing mereka untuk berdikari serta memulakan kehidupan baharu yang lebih selamat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran SARI@KRT: Road to Eliminate Violence Against Women (EVAW) 2026 di sini, hari ini.

Sementara itu, Nancy berkata statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatatkan peningkatan kes keganasan rumah tangga kepada 4,014 kes bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding 3,678 kes bagi tempoh sama pada tahun lepas.

Beliau berkata Johor merekodkan bilangan kes keganasan rumah tangga tertinggi bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan 721 kes, diikuti Selangor (614) dan Perak (405).

Beliau berkata konflik selisih faham dan masalah komunikasi kekal menjadi punca tertinggi, iaitu 1,967 kes, diikuti faktor penyalahgunaan dadah (444) serta tekanan kewangan (378).

Peningkatan jumlah kes itu perlu dilihat dari sudut positif sebagai tanda kesedaran masyarakat yang semakin memuncak serta keberanian mangsa untuk tampil membuat laporan polis.

 
Back
Top
Log in Register